Friday 30 March 2012

BANJIR OH BANJIR!! Banjir teruk di Klang, Memang dah Agak Pusat disalahKan.






Pakatan Rakyat hari ini berkata pihak berkuasa persekutuan perlu menyelesaikan masalah banjir ekoran keadaan teruk di Klang selepas hujan lebat bermula sekitar tengah malam tadi.

"Klang teruk dilanda banjir pagi ini. Jabatan Pengairan dan Saliran di peringkat persekutuan mesti melakukan sesuatu kerana semua peruntukan bersama mereka.


"Jangan pula salahkan kerajaan negeri Pakatan dan kerajaan tempatan," tulis speaker Selangor Teng Chang Khim pagi ini di Twitter.

Harian berbahasa Cina pagi ini melaporkan hujan lebat bermula tengah malam tadi menyebabkan banjir yang dianggap paling serius dalam sejaran Klang.

Menurut laporan itu, sebahagian kawasan rendah ditenggelami air setinggi 4 meter, menenggelamkan kereta dan menyebabkan kesesakan lalu lintas besar-besaran. - MK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive