Monday, 26 March 2012

2 IN 1 !!! AzMiN TiBAi Hasan ALi uNtuK HaNCuRkaN KhAliD IBrAhiM ?



Satu ciri yang wajib ada pada setiap pemimpin PKR ialah putarbelit dan manipulasi fakta untuk menjatuh lawan politik tidak kira luaran atau dalaman. 

Strategi dirancang dengan mengambil kesempatan isu semasa yang berlaku. Antara yang kerap menggunakan propaganda ini untuk menipu RAKYAT ialah Rafizi Ramli & Saifudin Nasution. 

Manakala Azmin Ali pula jenis pemimpin yang gemar menggunakan taktik utk untuk menjatuhkan musuh politik dalaman PKR. Ezam Md Noor, Gobala Krishnan dan Zaid Ibrahim antara senarai pemimpin yang tewas dalam 'game plan' ini. 

Dan target terbaru dipercayai adalah MB Selangor sendiri, TS Khalid Ibrahim. 

Serangan keatas Dr, Hasan Ali berkaitan perbelanjaannya semasa Exco Kerajaan Negeri dalam Sidang DUN Selangor bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah ADUN Bebas Gombak Setia itu. Tetapi ianya adalah untuk mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan TS Khalid Ibrahim yang meluluskan peruntukan. 

Atas sebab itu, TS Khalid Ibrahim rasa tercabar dengan pendedahan Azmin dan membuat kenyataan media bahawa perbelanjaan yang dilakukan oleh Dr. Hasan Ali mengikut prosedur yang betul. 

Hanya manusia yang buta politik sahaja tidak nampak keinginan mendalam Azmin untuk menjadi MB Selangor. Dan TS Khalid Ibrahim merupakan penghalang utama buat masa ini. 

Kerana itu, imej MB Selangor sedang dalam usaha untuk dicemarkan. 

Takkan keldai-keldai PKR tak nampak lagi ? Atau masih buta hati ? 



Fikir-fikirkan lah!!!!


Sumber : RokY- My

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive