Saturday, 10 March 2012

APA HAL PULAK TETIBA NIK AZIZ NAK JADI ARTIS???

"Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.

“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam. ” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.

Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.

“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.

Apa kata Nik Aziz bersara saja daripada menjadi ahli politik..mungkin seleps bersara Nik Aziz mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi keinginannya iaitu menjadi artis...Mungkin Nik Aziz mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi seorang artis..boleh jadi macam Akhil Hay..Bolehlah Nik Aziz berdakwah sambil menghiburkan peminat..
.PT rasa Nik Aziz sudah terlalu lama memegang jawatan MB sejak 22 tahun lalu dan mungkin beliau mahu beralih angin ingin menjadi sebahagian dari kehidupan dunia artis?

Bukan setakat boleh berdakwah pada peminat saja..berdakwah sesama artis pun boleh...boleh selesaikan isu pakaian yang tidak menutup aurat, gejala penyalahgunaan dadah dan maksiat....

Sumber : Sinar Harian dan EP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive