Sunday, 1 April 2012

3 LETUPAN di YALA - 9 TERBUNUH LEBIH 100 CEDERA

YALA - Tiga letupan bom di Yala, selatan Thailand - wilayah yang menyaksikan konflik dalaman, tengah hari tadi mengakibatkan sembilan orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera.

"Sembilan orang disahkan terbunuh. Sekitar 112 orang cedera dalam letupan bom Yala," kata jurucakap tentera Kolonel Pramote Promin.

Menurut pegawai itu, salah satu letupan bom membabitkan kereta manakala dua lagi diletakkan pada motosikal berasingan.

Beberapa rumah kedai terbakar ekoran letupan bom hari ini dan sejumlah kereta dan motosikal juga rosak teruk.

"Bom-bom ini letup dalam tempoh selang 10 minit," katanya lagi.

Gabenor Yala memberitahu televisyen Thai bahawa kebanyakan mangsa cedera dalam letupan bom yang ketiga, yang diletakkan pada sebuah kereta, ketika mereka berkumpul di lokasi kejadian.
Laporan Channel 3 menyebut, dalam insiden berasingan, berlaku letupan di sebuah hotel di daerah Hat Yai tetapi tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Kemudian, satu bom kecil meletup di pusat makanan di wilayah Pattani, kata polis.

Lebih 5,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan kumpulan pemisah di selatan Thailand pada Januari 2004 di Yala, Pattani dan Narathiwat.-SH

2 comments:

  1. INI SEME SALAH UMNO!!

    ReplyDelete
  2. Tak kira la kat negara mana sekalipun mesti salah umno..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive