Sunday, 1 April 2012

Woo!! Peneroka Dapat Durian ??? - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat pengumuman pada Mei depan yang disifatkannya sebagai "durian runtuh" kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Perdana Menteri berkata pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka "tersandar, rebah dalam kejutan".

"Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat Bera, semalam.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 peneroka itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Perdana Menteri berkata pengumuman itu akan dibuat dalam satu perjumpaan besar-besaran bersama warga peneroka di Pahang pada Mei depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata Felda juga menyediakan peruntukan lebih RM1 bilion bagi program pembesaran rumah peneroka di seluruh negara.

Perdana Menteri juga berkata Felda akan terus membela masyarakat peneroka termasuk membina rumah untuk anak-anak mereka yang merupakan generasi kedua supaya mempunyai kediaman yang selesa. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive