Thursday, 12 April 2012

PTPTN - SATU IGAUAN NGERI ???

ISU penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. 

Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya. 

Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak-anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. 

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, sama ada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun. 

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh (isu pelajar Unisel) telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen.

 Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen. Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah opsyen di samping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. 

Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka: 

a) Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Jabatan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa. 

b) Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011 kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)

 c) Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34  peratus berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh, maka seramai 132,801 pelajar telah disenaraihitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. 

Negara Libya (era Gaddafi) pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat. 

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan. 

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri. 

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah Sweden, Norway, Finland, Arab Saudi, Kuwait, Cuba dan Sri Lanka. Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. 

Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

2 comments:

  1. Libya? Negara Libya tu ke? Yg rogol perempuan beramai2 tu? Yg sampai sekarang tak aman tu? Ooo..ok.. paham...

    ReplyDelete
  2. yang hang pi melalut kes rogol tu nape...tuan rumah cakap sal yuran pengajian..per la hang ni...meroyan tak tentu pasal..pehal hang nie??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive