Wednesday, 11 April 2012

KELANTAN HEBAT !!! Polis Kelantan Selamatkan Lelaki Diculik.

KOTA BAHARU: Polis berjaya menyelamatkan seorang pekerja sebuah syarikat berkaitan urusan pengangkutan yang diculik kira-kira 9.30 malam semalam selepas menahan dua lelaki yang menculik mangsa, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejayaan itu hasil gerakan pantas pasukan khas yang ditubuhkan berhubung kes culik itu yang berjaya menahan kereta yang dinaiki suspek dan mangsa di simpang lampu isyarat Jalan Kampung Sireh di sini kira-kira 7.30 pagi Rabu.

Polis merampas dua bilah parang, wang tunai RM3,000 yang dipercayai wang tebusan mangsa culik berumur 30 tahun itu dan kereta suspek, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kejadian itu dikatakan bermula selepas berlaku pertengkaran antara mangsa dengan dua suspek di sebuah kedai makan di Kampung Belimbing, Tanah Merah, kira-kira pukul 9.30 malam.

"Ketika itu, salah seorang suspek tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol dan diletakkan di atas meja sebelum membawa mangsa ke dalam kereta jenis Perodua Myvy menghala ke Jalan Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata suspek kemudiannya telah menuntut wang tunai RM10,000 dan pihak keluarga mangsa bersetuju memberikan RM3,000.

"Setelah rundingan dibuat, pasukan petugas polis mengekori pergerakan kereta suspek sebelum dapat menahan kereta berkenaan di lampu isyarat itu.

"Kejayaan ini hasil gerakan cepat pasukan petugas khas yang ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK)," katanya.

Bagaimanapun, katanya sehingga ini polis masih belum menemui senjata api yang dikatakan digunakan suspek.

Jalaluddin berkata polis sedang menyiasat sama ada suspek, masing-masing berasal dari Kampung Kubur Kuda di sini dan Gong Badak, Terengganu, terbabit dalam kes culik lain atau jenayah yang membabitkan senjata api. - BERNAMA

2 comments:

  1. Dah macam pekan Cowboy dah Kelantan sekarang...kes tembak, bunuh dan culik...hebat2 kelantan di bawah pemerintahan Pas....

    ReplyDelete
  2. mana tak ada senjata api, sempadannya pun boleh naik sampan, bukan setakat senjata api, silap2 bazuka pun lepas mcm tu je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive