Wednesday, 4 April 2012

Kelantan Hebat?? Mati DiTembak Dalam Kereta Di Rantau Panjang

Pasir Mas - Seorang pemuda mati manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki di Rantau Panjang dekat sini, hari ini.


Gambar: ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang terbabit dalam kejadian tembakan di Rantau Panjang, Kelantan, hari ini. Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki. - Foto Jauhariatul Akmal Johar

Ketika kejadian pada 11.15 pagi itu, Mohamad Nazuri Mohd Zain, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Lemal, di sini menaiki kereta yang dipandu rakannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, ditembak penunggang motosikal berkenaan semasa kereta itu melalui Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Rantau Panjang.

"Rakan mangsa kemudian memecut kereta ke pekan Rantau Panjang dan berhenti di hadapan gerai mee milik ibu mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua tembakan mengenai mangsa, satu di bahagian rahang kiri dan satu di bahagian dada sebelah kiri," katanya dalam SMS kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, rakan mangsa yang cedera ringan di tangan kiri turut ditahan untuk siasatan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kakak Mohamad Nazuri, Sahera, 29, berkata beliau tidak menyangka individu yang terbaring dan berlumuran darah di dalam kereta di depan kedai ibunya adalah adiknya.

"Saya melihat Proton Wira di depan kedai emak dan ingatkan kereta pelanggan yang ingin membeli beras, saya hampiri dan melihat seorang lelaki berlumuran darah di kerusi depan dalam keadaan terbaring.

"Selepas saya melihat mayat itu dengan teliti, baru saya dapat cam ia adalah adik saya...saya segera meminta ayah menghubungi polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive