Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad percaya penahanannya di bawah undang-undang ISA selama lima tahun ketika pentadbiran Tun Hussein Onn merupakan konspirasi politik individu tertentu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakiniminggu lalu, Abdullah – yang popular dengan nama Dollah Kok Lanas – menyebut beberapa nama tokoh dan juga peristiwa penting yang berlaku menjelang penahanannya pada 1976.
Perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada Januari tahun berkenaan dan tujuh bulan kemudian, Abdullah merengkok di dalam tahanan kerana didakwa seorang komunis.
Abdul Razak kemudiannya digantikan Tun Hussein Onn yang telah menemuinya beberapa kali untuk memberi amaran mengenai penahanan tersebut, kata Dollah.
"Tun Hussein beritahu saya 'Tahan ini, bukan apa. I percaya you bukan komunis tapi kita nak tahan Harun Idris ini (menteri besar Selangor dan ketua pemuda Umno pada itu) kerana rasuah.
"'Sebab ada dua puak, kita perlu buat pengimbangan. Pergilah untuk enam bulan'," kata Dollah, yang menambah, beliau menyetujui saranan berkenaan.
Dollah, 38 pada waktu itu, bagaimanapun ditahan selama lima tahun – diasingkan selama dua tahun dan selebihnya bersama tahanan lain pada waktu itu termasuk Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Abdullah Majid.
Dengan berjenaka, bekas penasihat Tun Razak itu berkata beliau "mungkin menjadi perdana menteri atau setidak-tidaknya timbalan perdana menteri atau menteri kanan" sekiranya tidak ditahan bawah ISA.
Harun Idris pula dipecat daripada Umno apabila enggan meletak jawatan berhubung dakwaan rasuah dan kemudiannya dituduh dimahkamah dan dihukum penjara selama lima tahun.
Dollah juga menimbulkan mengenai peranan menteri dalam negeri waktu itu, Tun Muhammad Ghazali Shafie yang menurutnya, bercita-cita untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, ucapan Tun Razak di perhimpunan agung Umno 1975 yang ditulis Dollah menyatakan sokongan kepada tiga calon naib presiden – Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.
Semua pencabar lain, termasuk Ghazali, tewas dalam pemilihan parti tersebut.mK
No comments:
Post a Comment