Tuesday, 3 April 2012

Dr Rani Di Bidas Hasan


SHAH ALAM - Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman, yang mendakwa isu video murtad tidak penting berbanding isu pengundi hantu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menyifatkan kenyataan itu membuktikan Dr Rani ketua parasit di Selangor kerana memandang rendah gejala murtad yang semakin meruncing.

Menurutnya, ahli Pas perlu tahu sifat pemimpin dipilih dan beliau menggesa pemimpin itu perlu disingkirkan dari barisan pimpinan Pas.

“Cuba bayangkan isu pengundi hantu dibandingkan masalah orang masuk Kristian, inilah contohnya ketua parasit dalam Pas di Selangor.

“Saya harap Dr Rani kembali kepada sensitiviti dan akal beliau, kembali kepada perkara pokok dalam Pas iaitu sebagai parti akidah, syariah dan akhlak bertunjang Islam,” katanya.

Hasan berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rani bahawa tayangan video murtad tidak penting berbanding isu pengundi hantu dan ahli Pas tidak perlu mengikuti pendedahan tersebut.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Dr Rani tidak memikirkan kepentingan mengembalikan akidah orang yang murtad dan menganggap perkara itu lebih utama berbanding isu lain.

Kelmarin, Pas Selangor memberitahu pihaknya tidak menggalakkan ahli Pas mengikuti pendedahan video murtad oleh Hasan.sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive