Tuesday 3 April 2012

Parlimen tidak BAHAS laporan PSC - BERSIH 2.0 kecewa


SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa dengan pendekatan diambil Dewan Rakyat - meluluskan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan soal penambahbaikan sistem pilihan raya tanpa bahas petang tadi.

"Tambahan lagi, kami kecewa dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan (permintaan) memasukkan Laporan Minoriti bersama dengan laporan PSC," kata Bersih 2.0 dalam kenyataan media dikeluarkan petang ini.

PSC dibentuk susulan perhimpunan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya anjuran Bersih 2.0 Julai lalu.

Menurutnya, ketiadaan debat ke atas laporan PSC juga menunjukkan bahawa majoriti anggota di Parlimen tidak mengambil berat berkenaan soal penyelewengan dan pelanggaran undang-undang pilihan raya di negara ini.

"Majoriti di Parlimen nampaknya tidak menghargai keperluan untuk memperkukuhkan proses pilihan raya di Malaysia," kata Bersih 2.0 lagi.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan PSC Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan.

Keputusan berkenaan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3 petang selepas usaha menenangkan kesemua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.

Beliau telah mengarahkan tiga Anggota Parlimen pembangkang iaitu Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala

Selangor) keluar dewan kerana terus mempertikaikan keputusan beliau menolak usul Loke Siew Fook (DAP-Rasah) untuk membenarkan laporan minoriti dilampirkan di

dalam laporan akhir jawatankuasa itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu diarahkan keluar kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 42 yang meminta supaya Ahli Parlimen diam ketika Speaker bercakap.

Dalam suasana kecoh itu, usul berkenaan mendapat sorakan 'setuju' yang kuat daripada anggota penyokong kerajaan, namun Pandikar Amin masih memberi peluang kepada pembangkang untuk membuat undi belah bahagian.

Bagaimanapun, pembangkang enggan berbuat demikian dan memaksa keputusan diluluskan tanpa dibahaskan oleh Speaker mengikut suara majoriti.

Terdahulu, sejurus selepas pembentangan syor oleh Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas sesi soal jawab, pembangkang meminta penjelasan daripada Yang

Dipertua Dewan Rakyat ekoran keputusannya menolak usul memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan jawatankauasa daripada tiga wakil rakyat pembangkang yang juga anggota jawatankuasa itu.

Suasana 'panas' itu menyebabkan sesi perbahasan tidak dapat diteruskan dan Pandikar Amin akhirnya memutuskan untuk menangguhkan sesi perbahasan selepas waktu rehat pada pukul 2.30 petang. sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive