Tuesday, 10 April 2012

BIAR BETUL!!! 0.8 Hektar Kepada Bekas Tentera ??



KOTA BHARU- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyambut baik usaha Kerajaan Kelantan untuk menganugerahkan tanah kepada bekas tentera yang tinggal atau lahir di negeri ini.

Pengerusi PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, perkara berkenaan perlu ditunaikan dan ia tidak sewajarnya tinggal janji sahaja kerana ia dilihat memberi manfaat kepada bekas anggota tentera.

Menurutnya, sekiranya janji berkenaan menjadi realiti lebih 10,000 ahli di negeri ini akan menikmati anugerah dan pemberian dari Kerajaan Kelantan dalam usaha menghargai jasa-jasa mereka.

“Cadangan ini perlu dilaksanakan supaya ia tidak menghampakan bekas-bekas tentera dan saya amat gembira dengan pengumuman serta keprihatinan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada penelitian dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri sebelum meluluskan pemilikan tanah kepada setiap ahli.

Dalam pada itu, beliau juga tidak beranggapan pemberian ini adalah satu usaha untuk memancing undi bekas-bekas tentera dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Undi adalah hak masing-masing, jika ahli-ahli yang menerima tanah ini dipujuk untuk memilih parti mereka untuk mendapat tanah ini dikatakan sogokan untuk dapatkan undi.

“Setakat ini kita tidak menerima aduan tentang perkara ini dan saya yakin ini adalah keputusan untuk memberi keselesaan kepada bekas-bekas anggota yang selama ini berkhidmat dalam menjaga keamanan,” katanya.

Muhammad juga bersetuju dengan cadangan tersebut kerana bekas-bekas anggota ini memerlukan tanah untuk bercucuk tanam mahupun tapak pembinaan rumah.

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman mengumumkan persetujuan menganugerahkan tanah sekurang-kurangnya 0.8 hektar kepada bekas tentera dan tempat masih dikenal pasti melalui jawatankuasa yang akan bermesyuarat nanti.-sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive