Kasih sayang orang Melayu terhadap Tanah ini tak dapat diungkai. Walaupun kaki mereka tidak pernah menjejak ke sini.
Rahsia ketenteraan Sukarno di 'pass' kan kepada pegawai Malaysia oleh pegawai-pegawai Melayu Indonesia semasa Konfrontasi. Anggota Melayu yang dihantar kesini terus berpaling tadah. Sukarno dikaitkan dengan komunisme dan ditentang oleh pegawai-pegawai Melayu.
Lee Kuan Yew dan Singapura tidak berani memberi jet pejuang kepada pegawai Melayu atas alasan 'tidak mampu' tapi hakikatnya mereka tahu jika terjadi masalah dengan Tanah ini, senjata akan dihalakan kemuka mereka.
Rakyat Thai sejauh Nakhon si Tammarat juga ingin menjejak kaki ke Tanah ini walau sekali, walaupun mereka memberi alasan mencari adik beradik tapi setelah ratusan tahun kita tahu adalah mustahil untuk berjumpa, mereka sendiri tidak sedar yang mereka ingin jejak cuma Tanah ini, Tanah Melayu.
Tiada siapa (negara jiran) berani percaya orang Melayu akan melukai tanah ini. Ribuan anak Melayu mati mempertahankan tanah ini. Ribuan lagi cacat cela. Ada mereka kata menyesal? Ribuan berjaga di hutan belantara, ribuan meronda tengah malam supaya kita dapat tidur lena, supaya anak-anak kita ke sekolah esok hari..
Dari dunia idealistik kamu, kamu ingin menunjuk ajar kami cara untuk bernegara, cara untuk bertamadun. Kami sudah ribuan tahun bernegara dan meninggalkan kesan tamadun yang amat banyak seluruh Asia Tenggara.
Kami boleh menghina sejarah anda yang ditulis dengan gah sekali tapi itu bukan cara kami. Kami tahu ada nila beribu titik di tanah ini, tapi kami akan selesaikan dengan cara kami pada masa kami.
Kami sekali-kali tidak akan mencurah susu sebelanga warisan nenek moyang kami untuk anak cucu kami. Kasih sayang orang Melayu terhadap tanah ini boleh bertukar menjadi api yang membakar....
Inilah sebabnya diringkaskan pada kamu wahai PR : Perhimpunan boleh mencetuskan huru-hara.
Catatan : Pemerhati Bersih 3.0
No comments:
Post a Comment