Friday 13 April 2012

Pengerusi Eksekutif NFCorp ditemani oleh isterinya @Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.



Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail ditemani oleh isterinya yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil keluar meninggalkan Mahkamah Sesyen selepas hadir bagi mendengar sebutan kes pertuduhan pecah amanah di Kuala Lumpur, Jumaat.

 Pada 12 Mac lepas, Mohamad Salleh, 64, yang ketika kejadian merupakan pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur. 

Mahkamah menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes. -foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive