Ramai pemerhati politik meramalkan PRU13 akan memastikan pertandingan paling sengit dalam sejarah pilihanraya di Malaysia memandangkan, berlainan dari pilihanraya
sebelum ini di mana UMNO agak selesa.
PUTRAJAYA - 29 Mac 2012 - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".
Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.
"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.
UMNO kali ini memasuki gelanggang dalam keadaan yang amat sukar. Kedudukan Umno agak tergugat dan kemungkinan Umno akan kecundang tidak kelihatan mustahil. Berdasarkan hakikat ini tentukah Umno akan menggunakan segala kekuatan yang ada bagi mengekalkan kedudukannya.
DS Najib selaku Presiden Umno sudah mengumumkan Umno mesti memenangi PRU13 dengan apa cara sekali pun. PR pulak akan bekerja lebih keras untuk menumbangkan Umno kerana kali ini peluang berbiat demikian kelihatan amat cerah sekali.
Senario ini pastinya akan melahirkan pertembungan paling dahsyat dalam sejarah di antara dua musuh poltik yang sememanngnya tidak sabar lagi menanti peluang untuk menamatkan riwayat yang satu lagi.
Akan tumbangkah Umno pada PRU13 nanti? Atau Pakatan Rakyat akan dikuburkan tanpa nisan? Tiada siapa boleh menjawab dengan tepat soalan ini. Kedua-dua pihak mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Fikir-fikrkanlah!!!!

No comments:
Post a Comment