Tuesday 3 April 2012

Nasib 2 Biji Kat Muka Adam Adli?? Kalau 3 @ 4...


KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat dakwaan aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim, kononnya dia ditumbuk oleh orang tidak dikenali semasa rundingan antara beberapa penghuni pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dan Pihak Berkuasa Tempatan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid, berkata Adam Adli membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan polis sedang menyiasat punca kejadian.

"Kita telah tempatkan kira-kira 40 anggota polis di situ bagi mengawal keadaan dan saya dilaporkan perbincangan itu berlangsung dengan aman," katanya.

Adam bagaimanapun kesal kerana tiada tangkapan dibuat berhubung individu yang menyerangnya.

Sementara itu, rakannya Ekhsan berkata, semasa kekecohan berlaku, beliau telah di bawa oleh anggota polis ke Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan dan dibebaskan sejam kemudian. Beliau bagaimanapun tidak ditahan pihak polis.


Adam Adli dilaporkan menyertai rundingan antara penduduk di pangsapuri itu bagi mempertahankan rumah mereka daripada dirobohkan oleh PBT. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive