Wednesday, 11 April 2012

Ku Li Akui Ketokohan Tok Pa Jaga Umno Kelantan

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui ketokohan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui Umno Kelantan yang dilihat telah berjaya mengembalikan sokongan besar rakyat negeri itu terhadap Umno.

Beliau berkata Mustapa begitu komited dalam usahanya memenangi hati rakyat Kelantan untuk kembali menyokong perjuangan Umno.

"Saya lihat dia (Mustapa) bagus bekerja tetapi ini kerja berpasukan...semua kena bekerjasama.

"Pilihan raya kali ini adalah sangat sengit dan peluang Umno Kelantan itu tetap ada," katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam Selasa.

Sementara itu, Tengku Razaleigh yang merupakan anggota Parlimen paling lama di negara ini iaitu selama 43 tahun menafikan laporan yang menyebut beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.

"Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam Umno. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada orang yang buat laporan itu. Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah untuk menang," katanya.

Ketika sesi dialog, Tengku Razaleigh meminta semua pihak menghormati dirinya yang terus bersama Umno walaupun didesak oleh banyak pihak agar beliau keluar daripada parti itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive