Wednesday, 11 April 2012

HUSAM IRINGI ANWAR KE PUTRAJAYA!!!


KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, ura-ura mengaitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri akan bertukar kerusi - dari Dewan Undangan Negeri (Dun) ke Parlimen - semakin jelas kedengaran.

Malah, dikatakan exco berkenaan mula mempersiapkan diri, melakukan kerja-kerja parti lebih awal dengan menjelajah daerah yang bakal ditandinginya, untuk menguatkan sokongan sekiranya pimpinan pusat
mengesahkan pencalonan beliau.

Perubahan kerusi ditandingi ini dikaitkan dengan percaturan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13.

Mengulas isu tersebut, bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun tidak menolak kemungkinan beberapa exco akan beralih kerusi ke Parlimen dengan tujuan untuk memantapkan parti secara keseluruhan.

Menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkang Pas Kelantan sebelum ini pernah melakukan perubahan dengan menukar exco ke peringkat pusat.

“Oleh itu, sekiranya pertukaran ini berlaku, ia tidak mustahil, namun saya tidak tahu siapa dia, tetapi jika ada sekalipun, perubahan saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon boleh berlaku sekiranya Pas merasakan ia perlu dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ini Kerajaan Pas Kelantan mempunyai sembilan Exco, yang diketuai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan beliau ialah Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa dan Pengerusi Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah Datuk Ahmad Yakob masing-masing mempunyai jawatan di peringkat Pas Pusat.

Untuk rekod, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kini merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, Abd Fatah yang juga timbalan exco Kerajaan Negeri mengakui tidak semua hal ehwal dalaman parti boleh didedahkan kepada masyarakat walaupun ahlinya sendiri.

“Dalam isu ini, tidak semua perkara yang kita boleh sebut, ada yang begitu sensitif yang melibtkan strategi untuk menawan hati rakyat, oleh itu ahli Pas harus memahami pekara ini,” katanya. -MPP ON9

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive