Monday 2 April 2012

Gomo Kelate Gomo!!!! Caroline Mek Kelate Bukan Tumpang Ella

SHAH ALAM: Ratu rock negara, Ella menegaskan kemenangan protegenya Caroline pada konsert pertama kumpulan B dalam program Mentor musim keenam bukan dipengaruhi oleh aura dan pesonanya.

Ella berkata auranya sebagai bintang rock negara tidak mencukupi jika Caroline sendiri gagal mempamerkan mutu persembahan yang baik.

"Aura saya sahaja tidak cukup jika Caroline tidak buat persembahan yang baik. Ia memerlukan keseimbangan daripada kami untuk disukai oleh juri dan penonton.

"Apa pun, dia telah memukau saya dalam persembahannya. Saya gembira kerana dia berpotensi besar dan versatil," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini, malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, mengungguli kumpulan itu dengan 71 peratus markah pada persaingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.

Menyusul di belakangnya adalah protege Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) iaitu Zatul sebanyak 54 peratus manakala Adam dan protegenya, KJ mengutip 52 peratus.

Caroline pula berkata dia sudah berusaha menampilkan persembahan terbaik mengikut kemampuannya dan bukan bersandarkan pada pesona mentornya itu bagi meraih perhatian.

"Saya masih belum beri sepenuhnya pada malam ini (Ahad). Masih banyak yang perlu saya keluarkan pada persembahan akan datang tetapi saya seronok," katanya.

Gadis dari Tanah Merah, Kelantan itu menyampaikan lagu Cinta Di Hujung Jalan nyanyian asal Agnes Monica untuk persembahan solo dan tampil berduet bersama Ella dalam laguRindu. mStar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive