Golongan muda, atau juga dienali seabagai golongan saluran 1 (merujuk kepada saluran mengundi yang lazimnya disediakan utk golongan muda) merupakan 50% dari lebih kurang 12 juta pengundi di Malaysia.
Mengikut data pilihanraya, golongan ini kurang berminat kepada UMNO dan komponennya. Minda mereka lebih terbuka kerana golongan ini adalah lebih berilmu dan generasi sebelum mereka.
Mereka juga celik komputer, justeru mereka lebih terdedah kepada maklumat yang tidak boleh didapati dari media tradisional seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.Dua faktor ini membuat mereka meihat isu-isu yang timbul berlainan dan ibubapa dan datuk nenek mereka.
Mereka ini tidak lagi melihat pembangunan sebagai faktor terpenting dalam menilai prestasi sesebuah kerajaan. Keadilan, ketelusan, kebertanggungjawapan dan perinsip2 hak asasi manusia adalah sama penting, kalau tidak lebih penting, dalam penilaian mereka.
Mereka akur untuk hidup, keperluan asas dan pembangunan ekonomi merupakan satu kemestian. Mereka juga akur, untuk memastikan pembangunan negara berjalan lancar dan teratur, satu sistem 'check and balance' yang berkesan mesti diadakan dan diamalkan oleh pemerintah. Disinilah mereka punyai banyak isu dengan kerajaan pimpinan UMNO.
Apa yang kurang kelihatan ialah usaha menangani isu yang sebenarnya menjarakkan
golongan muda dengan pihak kerajaan, iaitu amalan rasuah dan salahguna kuasa di kalangan mereka yang berkuasa.
Segala program yang disediakan oleh kerajaan akan dibelasah oleh golongan ini. Selagi isu rasuah dan salahguna kuasa dipandang sepi oleh kerajaan maka selagi itulah akan menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan golongan2 ini.
Oleh kerana kumpulan ini besar dan mampu memberi impak kepada keputusan pilihanraya, maka kurang bijak jika kemusykilan dan kerungsingan kumpulan ini tidak ditangani sewajarnya. Fikir-fikirkanlah!

No comments:
Post a Comment