Friday, 13 April 2012

DOA dari bumi YALA


YALA - Menerusi Perjanjian Bangkok 1909, wilayah-wilayah yang diduduki rakyat Melayu beragama Islam iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat yang dulunya sebahagian dari Tanah Melayu diserahkan kepada Thailand.

Thailand yang mempunyai kuasa membentuk wilayah tersebut mengikut acuan Bangkok memberi sedikit tekanan, kerana umat Islan mendakwa dasar yang dilaksanakan tidak mengambil kira sensitiviti mereka.

Sebagai golongan majoriti, penduduk Islam bangkit untuk membentuk wilayah autonomi
namun, ia tidak semudah yang disangka.

Semangat itu menyaksikan beberapa kumpulan wujud seperti Gabungan Rakyat Pattani (GRP), Pattani United Liberation Organi­sation (Pulo), Ronda Kumpulan Ke­cil (RPK), Barisan Revolusi Nasional (BRK) dan pecahannya, Barisan Revolusi Nasional Koordinasi.

Hari ini, pihak berkuasa Thailand menganggap kumpulan tersebut semakin mengecil dan gerakan mereka bukan lagi untuk agama, tetapi kerap diambil kesempatan oleh anggota kumpulan yang terlibat dengan menjalankan aktiviti pengedaran dadah.
Ancaman kumpulan kecil pemisah

Pada 10 April 2012, Gabenor Wilayah Yala, Dejrath Simsiri mengumpulkan imam di tapak kejadian letupan bom untuk berdoa beramai-ramai mengharapkan wilayah itu lebih sejahtera, bebas daripada sebarang bentuk ancaman.

Bacaan doa yang dipimpin Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Yala, Hussin Dumidee menggambarkan pendirian rakyat yang tidak mahu lagi kehidupan mereka terganggu.

Kejadian letupan bom yang meragut 12 nyawa 31 Mac lalu, dikatakan sama sekali tidak memberi gambaran sebenar tentangan seluruh rakyat kerana yang terlibat hanya kumpulan kecil, pemisah yang terlibat dengan pengedaran dadah dan penyeludupan.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan namun, yang pastinya ketakutan warga Yala masih belum reda walapun jalan utama dikawal Ketat tentera, sepanjang masa.

Dejrath Simsiri mengakui selatan Thai tidak bernasib baik seperti Malaysia, tapi beliau tidak mahu berputus asa dan menganggap keamanan pasti menjelma apabila semua pihak memahami perkara sebenar.

Walaupun Thailand bukan negara Islam katanya, hak orang Islam tetap dihormati dan rakyat diberi kebebasaran memilih mengamalkan agama mereka.

Mekanisme perlu dibuat bagi memastikan bandar Yala yang menjadi sasaran letupan bom bebas, apatah lagi menjelang perayaan Songkran tidak lama lagi.

Safety Zone diwujudkan dengan menambah laluan sehala dalam bandar bagi memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan terhadap pengunjung.

Pada awalnya cadangan itu mendapat tentangan daripada peniaga yang menganggap ia bakal menjejaskan perniagaan, akhirnya mereka akur kerana ketenteraman perlu diambil kira sekiranya mahu terus hidup di bandar itu.

Kehadiran tentera bukan untuk perang

Komander Task Force Yala, Mejar Jeneral Patinun Sayhatsadee menjelaskan bahawa kehadiran 3,000 tentera di Yala bukan untuk berperang sebaliknya untuk membantu rakyat.

Katanya, orang kampung kini mulai faham bahawa tentera datang untuk membantu mereka, menjaga sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak lagi membawa anjing ke kampung-kampung dan memanggil imam sekiranya ada kematian.

Daripada dua juta penduduk tiga wilayah di selatan, tidak lebih 5,000 terlibat dengan kumpulan pemisah yang masih menghasut orang kampung menyertai mereka, sekali gus membentuk ancaman terhadap tentera yang sepatutnya bertugas di sempadan. sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive