Saturday 7 April 2012

BIAR BETUL!!! Realiti ke Lakonan?

Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya. -mK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive