Sunday, 1 April 2012

BIAR BETUL !!! Kamilia 'tiada dendam peribadi' dengan Shahrizat?

Naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim hari ini tampil menjelaskan pandangannya sebelum ini yang menyeru Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan tersebut.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata pergerakan itu perlu membersihkan imej agar tidak dilihat "seolah-olah bersekongkol dengan isu kontroversi."

Katanya, beliau juga telah menjelaskan kenyataannya di media itu kepada Shahrizat – bahawa beliau hanya menyuarakan pandangan di peringkat akar umbi.

"Saya tiada dendam peribadi dengan beliau. Lagipun kita sama-sama pemimpin Umno yang mempunyai matlamat untuk membawa parti menang pilihan raya," kata Kamilia.

Mengulas pandangan bahawa kenyataannya itu tidak menggambarkan perpaduan dalam Wanita, Kamilia berkata isu berkenaan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang.

"Saya bukan hendak memecahbelahkan Wanita Umno. Saya bercakap sebab saya mengiktiraf masalah itu, memberitahu inilah masalahnya, menyedari dan menyelesaikan masalah itu.

"Malangnya ada kalangan Wanita tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenarnya," katanya lagi yang turut menyeru ahli politik supaya tidak terkeliru di antara emosi dan masalah peribadi.

Beliau menyifatkan hubungannya dengan Shahrizat itu "tak adalah sangat" sebagai kawan, tetapi mereka tetap mengadakan perbincangan.

"Tidaklah pula saya ini menjadi pembangkang seperti sesetengah orang," tambahnya. -mk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive