Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.
Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.

Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.

Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari. Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?
Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?
Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.
Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.

Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.
Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.
Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.
Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.
Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.
Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.

Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.
Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.
Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.
Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.
Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….
Sumber Beruang Biru

No comments:
Post a Comment