Wednesday 11 April 2012

Berehey : Rakyat Kelantan Berubah??

KOTA BHARU- Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan suasana politik Kelantan kian berubah apabila rakyat mula sedar dengan kegagalan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah Kelantan selama 23 tahun.

Ibrahim berkata, lebih memburukkan keadaan apabila pemimpin Pas Kelantan bersifat mempertahan diri dalam setiap kenyataan mereka berhubung pelbagai isu rakyat terutamanya berkaitan isu air dan tanah rizab Melayu.

“Tun Mahathir berjaya mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada yang berasaskan industri, Pas Kelantan pula, saya rasa satu-satunya kejayaan mereka adalah mengharamkan penjualan tiket loteri dan nombor ekor,” katanya di sini.

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata, adalah perlu Nik Aziz meletakkan jawatan setelah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas tidak akan berundur kerana menyedari krisis kepimpinanan akan berlaku dalam kalangan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

“Pas Kelantan kini umpama buah durian yang kulitnya cantik tapi isinya busuk sebab wujud pelbagai puak, namun disebabkan ada Nik Abdil Aziz maka tiada siapa berani.

“Nik Abdul Aziz pun tahu kalau dia berhenti banyak benda yang tidak elok berlaku, hanya menunggu masa untuk meletup,” katanya. -sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive