Thursday, 5 April 2012

APRIL 2012 BULAN DEMO BAGI PR - 24 APRIL PAS DEMO SERAH MEMO KPD MAT SAID


KUALA TERENGGANU – Pas mahu mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran,dijangka disertai kira-kira 50,000 orangdi sini, pada 24 April inibagimenyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, penyerahan memorandum itu melibatkan beberapa isu tanah yang masih membelenggu segelintir rakyat di Terengganu.

Antaranya pengambilan tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) bagi projek Udang i-Sharp di Setiu melibatkan 2,000 hektar tanah dan projek jelapang padi,dan soal berkaitanrasa tidakpuashatirakyat mengenai pengambilan balik tanah di Banggol Donas, tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya, tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayas di Paka, Dungun dan penyerahan tanah Felda Plantation.

Bercakap kepada pemberitapada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sinihari ini, beliau menegaskan, langkah mengadakan demonstrasi, yangbertemakan Rampasan Tanah, Hentikan! itu dibuat selepas perkara tersebut yang diajukan kepada pihak bertanggungjawab tidak mendapat perhatian sewajarnya.

“Kita sebelum ini telah pergi ke saluran sepatutnya seperti Pejabat Tanah, bertemu wakil rakyat tetapi masih gagal mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar sehingga kini.

“Kita pernah memaklumkan perkara itu kepada wakil beliau tetapi tidak mendapat tindak balas,” katanya.

“Jadi, dengan adanya demonstrasi ini, rakyat tahu apa yang berlaku. Ini adalah pilihan terakhir supaya pimpinan sedar mereka dapat berkhidmat untuk rakyat,” katanya. sH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive