Saturday, 7 April 2012

Anak Menteri Hebat : CCTV ada kat polis!!

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizRakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. mK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive