Thursday, 2 August 2012

KURANG BIJAK ABBY BURUKKAN KERAJAAN - ZUL ARIFFIN

PETALING JAYA: Aktor Zul Ariffin yang juga dalah bekas kekasih Abby Abadi agak kurang senang apabila wanita itu membuat tuduhan bagi memburukkan kerajaan Malaysia kini.

Zul (26) berkata, tindakan Abby yang bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan kebelangan ini merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan dan asas yang betul.

“Saya sangat gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung kini dan bukan menjadi kesalahan juga untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya dan semua rakyat.

“Namun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan yang terpapar didada akhbar dan portal online kebelakangan ini, rasanya melalui dakwaan-dakwaan itu seharusnya dia selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan sesetengah pihak lain.

“Tambahan pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal dalam sesingkat itu. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem,” katanya kepada ketika ditemui semalam.

Tambah Zul, hasrat seperti didakwa Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama, kaum, budaya dan fahaman.

“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung kebelakangan ini, tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia pernah menghubungi Abby ; Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama mereka selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi.

“Saya mahu meneruskan kehidupan baru. Jika kami berterusan saling berhubung maka ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam.

“Bagaimanapun, Abby ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini,” ujar Zul .  - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive