Showing posts with label Abby. Show all posts
Showing posts with label Abby. Show all posts

Thursday, 2 August 2012

KURANG BIJAK ABBY BURUKKAN KERAJAAN - ZUL ARIFFIN

PETALING JAYA: Aktor Zul Ariffin yang juga dalah bekas kekasih Abby Abadi agak kurang senang apabila wanita itu membuat tuduhan bagi memburukkan kerajaan Malaysia kini.

Zul (26) berkata, tindakan Abby yang bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan kebelangan ini merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan dan asas yang betul.

“Saya sangat gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung kini dan bukan menjadi kesalahan juga untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya dan semua rakyat.

“Namun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan yang terpapar didada akhbar dan portal online kebelakangan ini, rasanya melalui dakwaan-dakwaan itu seharusnya dia selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan sesetengah pihak lain.

“Tambahan pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal dalam sesingkat itu. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem,” katanya kepada ketika ditemui semalam.

Tambah Zul, hasrat seperti didakwa Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama, kaum, budaya dan fahaman.

“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung kebelakangan ini, tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia pernah menghubungi Abby ; Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama mereka selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi.

“Saya mahu meneruskan kehidupan baru. Jika kami berterusan saling berhubung maka ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam.

“Bagaimanapun, Abby ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini,” ujar Zul .  - Sumber

Monday, 16 July 2012

KADIR ! OH KADIR ! APA KHABAR DEMO DI SANA???




Setelah mengisytiharkan diri keluar Umno dan kelihatan beberapa kali di pentas Pas dan Pkr, kini Mr Bow tie terus tenggelam sepi tanpa berita.

Mungkin ceramah dia kurang menarik perhatian khalayak berbanding artis seperti Abby 'ayam baru tumbuh bulu' Abadi. Hairie ' the khalwat guy' Osman, Aishah 'Janda 3x' The Fan club dan lain-lain.

Bak kata pepatah Melayu, ' habis madu sepah dibuang' . Kini Kadiaq duk menangis tak berlagu atau menangis tak berair mata kerana dah tak laku.

Kata nak tubuh parti baru, pun senyap saja. Haha padan muka kooo.


Sumber : taipingmali.blogspot.com

SIAPAKAH ARTIS YANG MINTA RM2500 SEKALI CERAMAH???



Terang lagi bersuluh pencacai Pas sendiri dah dedahkan perkara ni kepada pengetahuan umum.. Tak sangka sama dia kali senang sungguh paklebai dan pak haji Pas ditipu dengan artis..

Dalam blog tu kata artis wanita yang dapat bayaran RM 2500 sekali ceramah tu belum serah borang join Pas...

Siapakah artis yang dimaksudkan oleh blogger tersebut? Patutlah meroyan sangat salahkan kerajaan..., rupanya dibayar untuk baca skrip rupanya..semakin hari semakin ramai artis yang di 'tangkap oleh pemimpin Pas untuk menjadi penceramah...wooo!!! Bersemangat betul artis Malaysia sekarang dapat mengaut RM 2k lebih sekali ceramah...

Sumber : MPP



Monday, 9 July 2012

MEMANG BETUL !!! WARDINA BACKUP ABBY ABADI



PELAKON dan PENGACARA Wardina Safiyyah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari meneruskan tugas sebagai Pengacara Rancangan TV3 Malaysia Hari Ini bagi mencari ketenangan setelah dikecam menyokong Parti Pembangkang. 

Wardina yang sebelum ini menafikan sekeras2nya menyokong rusuhan BERSIH mendakwa beliau mengakui mengalami tekanan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap karier yang beliau ceburi akibat daripada serangan beberapa blog sebelum ini.Beliau akan kembali bertugas seperti biasa setelah berehat selama 2 bulan. 

Begitu sekali tekanan yang dihadapi beliau.  Wardina, anda merupakan penggiat dunia seni tanah air. Itu yang masyarakat terutamanya peminat anda mahu dari anda. Fokus pada karier. Kerana anda masih diperlukan dalam dunia seni. Semoga Wardina kembali. Melayu CinDia akan lihat sejauhmana kebenaran yang didedahkan sahabat2 blogger yang lain.

Hari ini Wardina dengan lantang mempertahankan Abby yang menyertai Pas dan mengepalai protes pemebebasan tahanan ISA di Kem Kamunting.


Wardina sudah mula panas punggung barangkali bila TV3 merehatkannya dari jadi pengacara..marah betul kepada mereka yang menghentam sahabat baik beliau...tengok apa ulasan ustazah Abby di bawah....


  Aku dah baca semua posting Abby Abadi dekat Facebook dia. Apa yang aku baca yang dia tulis itu semua fakta. Bila aku kata fakta tu maksudnya benda tu memang dibuktikan secara sahih dan betul-betul berlaku 

Bila Aby Abadi mengecam ISA kenapa nak pula nak tuduh dia tak bersyukur? Aku tak nampak apa yang relate kat situ sebab sekarang ni memang orang nampak ISA ni tugasnya menangkap sesiapa yang dilihat mengancam "keselamatan" individu seseorang atau sekempulan terntentu dan tahanan itu dibuli semahunya (aku lebih suka guna term "buli").  - ulasan dari laman twitter Wardina

Tahniah dan kredit untuk Wardina kerana telah secara terang-terang menyokong perjuangan Abby didalam pembakang. Jadi apalagi yang Wardina tunggu..ikutilah jejak Abby untuk mendapatkan imbuhan yang melebihi 50k sebulan....Umno mana boleh bagi job kepada artis ???

pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

Wednesday, 4 July 2012

BIAR BETUL !!! USTAZAH ABBY BARU DINIKAHI YB PAS KELANTAN?




Beliau dikatakan kawin pulak bukan dengan calang-calang orang.., pemimpin besar di Kelantan tu beb.. Tapi maaf..., bukan Pok Nik yee sebab Pok Nik dah out of the league..

Gua tak tahu sama ada gossip ni betul atau tak.., tapi dah ramai member-member gua dok sibuk cakap pasal hal ni..

Gua senang je beb.., kalau betul Abby dah kawin lain.., gua ucapkan tahniah.. Kawin tu kan benda yang baik.., so gua memang takdak hal...

Dan seandainya tak betul berita yang dorang perkatakan ni.., gua harap Abby dapat buat penafian kepada umum..

Apapun.., gua suka kalau Abby cepat-cepat kawin.. Sekurang-kurangnya ia boleh menghindarkan tanggapan negatif dari umum...

Maklumlah.., beliau kan janda yang ngetop dalam Pas sekarang... Banyak yang 'tak senang duduk' tuuu... Hahahaha... Peace!!! - Sumber : aaKJ

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive