Monday, 9 July 2012

MEMANG BETUL !!! WARDINA BACKUP ABBY ABADI



PELAKON dan PENGACARA Wardina Safiyyah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari meneruskan tugas sebagai Pengacara Rancangan TV3 Malaysia Hari Ini bagi mencari ketenangan setelah dikecam menyokong Parti Pembangkang. 

Wardina yang sebelum ini menafikan sekeras2nya menyokong rusuhan BERSIH mendakwa beliau mengakui mengalami tekanan untuk menunaikan tanggungjawab terhadap karier yang beliau ceburi akibat daripada serangan beberapa blog sebelum ini.Beliau akan kembali bertugas seperti biasa setelah berehat selama 2 bulan. 

Begitu sekali tekanan yang dihadapi beliau.  Wardina, anda merupakan penggiat dunia seni tanah air. Itu yang masyarakat terutamanya peminat anda mahu dari anda. Fokus pada karier. Kerana anda masih diperlukan dalam dunia seni. Semoga Wardina kembali. Melayu CinDia akan lihat sejauhmana kebenaran yang didedahkan sahabat2 blogger yang lain.

Hari ini Wardina dengan lantang mempertahankan Abby yang menyertai Pas dan mengepalai protes pemebebasan tahanan ISA di Kem Kamunting.


Wardina sudah mula panas punggung barangkali bila TV3 merehatkannya dari jadi pengacara..marah betul kepada mereka yang menghentam sahabat baik beliau...tengok apa ulasan ustazah Abby di bawah....


  Aku dah baca semua posting Abby Abadi dekat Facebook dia. Apa yang aku baca yang dia tulis itu semua fakta. Bila aku kata fakta tu maksudnya benda tu memang dibuktikan secara sahih dan betul-betul berlaku 

Bila Aby Abadi mengecam ISA kenapa nak pula nak tuduh dia tak bersyukur? Aku tak nampak apa yang relate kat situ sebab sekarang ni memang orang nampak ISA ni tugasnya menangkap sesiapa yang dilihat mengancam "keselamatan" individu seseorang atau sekempulan terntentu dan tahanan itu dibuli semahunya (aku lebih suka guna term "buli").  - ulasan dari laman twitter Wardina

Tahniah dan kredit untuk Wardina kerana telah secara terang-terang menyokong perjuangan Abby didalam pembakang. Jadi apalagi yang Wardina tunggu..ikutilah jejak Abby untuk mendapatkan imbuhan yang melebihi 50k sebulan....Umno mana boleh bagi job kepada artis ???

pT 
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive