Showing posts with label Zul AAriffin. Show all posts
Showing posts with label Zul AAriffin. Show all posts

Monday, 24 December 2012

PATUTLAH OSTAZAH ARBAIYAH 'BENGONG' RUPA2NYA ZUL ARIFFIN......???


Jika sebelum ini, Zul Ariffin sering dikaitkan dengan Abby Abadi dan kali ini gosip percintaan Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-LinPillai mendapat jawapan daripada tuan badan sendiri.

Zul Ariffin telah mengakui hubungan cinta itu sudah tujuh bulan terjalin dan masih dalam peringkat awal untuk mengenali antara satu sama lain.

“Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.

”Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.

“Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya,” - Zul Ariffin

Masing-masing masih dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan masih belum dalam peringkat untuk memikirkan hal perkahwinan. - SUMBER

PT
Kesian PT pada si ostazah segera Arbaiyah bt Abdul Manan ni..patutlah sejak dua menjak ni perangai sawannya bertambah menyerlah. Habis manusia dia hentam tak kira la sape.Rupa-rupanya bekas kekasih hatinya sudah ada pengganti.Terima je la hahikat yang hang dah ditinggal...kan ramai lagi para ostad dan lebai Pas yang tengah  menunggu peluang...

Thursday, 2 August 2012

KURANG BIJAK ABBY BURUKKAN KERAJAAN - ZUL ARIFFIN

PETALING JAYA: Aktor Zul Ariffin yang juga dalah bekas kekasih Abby Abadi agak kurang senang apabila wanita itu membuat tuduhan bagi memburukkan kerajaan Malaysia kini.

Zul (26) berkata, tindakan Abby yang bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan kebelangan ini merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan dan asas yang betul.

“Saya sangat gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung kini dan bukan menjadi kesalahan juga untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya dan semua rakyat.

“Namun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan yang terpapar didada akhbar dan portal online kebelakangan ini, rasanya melalui dakwaan-dakwaan itu seharusnya dia selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan sesetengah pihak lain.

“Tambahan pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal dalam sesingkat itu. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem,” katanya kepada ketika ditemui semalam.

Tambah Zul, hasrat seperti didakwa Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama, kaum, budaya dan fahaman.

“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung kebelakangan ini, tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia pernah menghubungi Abby ; Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama mereka selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi.

“Saya mahu meneruskan kehidupan baru. Jika kami berterusan saling berhubung maka ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam.

“Bagaimanapun, Abby ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini,” ujar Zul .  - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive