Wednesday, 4 July 2012

SEMINGGU UNTUK MINTA MAAF - ROYALTI


KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.

“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

pT
Dari sumber yang layak dipercayai,  kumpulan 'R' membuat perancangan untuk berkumpul di depan bangunan UMNO negeri. Bagi menyerahkan memo kepada pihak UMNO, tapi sumber itu menambah bahawa kumpulan 'R' sengaja menukar lokasi mereka. Pelik kan mereka senang-senang mengaku bahawa kumpulan 'R' yang terlebih dahulu memohon permit. 

Kalau ketua cakap pun merapu dan kluk klik, apalagi dengan anak-anak buah mereka, pT beranggapan elok benarlah dan memang layak la puak-puak 'R' di gocoh sebijik dua sebagai pengajaran di atas keceluparan dan kebodohan sendiri.

Sumber itu menambah memang mereka tahu dan nampak siapa yang memulakan kekecohan pada demontrasi tersebut. Apapun kita sebagai manusia masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive