Showing posts with label Sedar. Show all posts
Showing posts with label Sedar. Show all posts

Wednesday, 4 July 2012

SEMINGGU UNTUK MINTA MAAF - ROYALTI


KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.

“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

pT
Dari sumber yang layak dipercayai,  kumpulan 'R' membuat perancangan untuk berkumpul di depan bangunan UMNO negeri. Bagi menyerahkan memo kepada pihak UMNO, tapi sumber itu menambah bahawa kumpulan 'R' sengaja menukar lokasi mereka. Pelik kan mereka senang-senang mengaku bahawa kumpulan 'R' yang terlebih dahulu memohon permit. 

Kalau ketua cakap pun merapu dan kluk klik, apalagi dengan anak-anak buah mereka, pT beranggapan elok benarlah dan memang layak la puak-puak 'R' di gocoh sebijik dua sebagai pengajaran di atas keceluparan dan kebodohan sendiri.

Sumber itu menambah memang mereka tahu dan nampak siapa yang memulakan kekecohan pada demontrasi tersebut. Apapun kita sebagai manusia masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


Wednesday, 27 June 2012

VIDEO !!! PENGAKUAN MANGSA PUKUL DEMONTRASI SEPARUH GANAS DI KELANTAN



Persoalannya siapa yang benar dan siapa yang bersalah bermain di setiap fikiran kita. Apapun masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday, 26 June 2012

TERKINI !!! VIDEO RAKAMAN KEKECOHAN TEAM "R" DAN TEAM "SEDAR" DI DEPAN SUK KELANTAN



Rakaman kekecohan yang berlaku di perhimpunan yang bertembung diantara dua kumpulan yaitu SEDAR dan juga TEAM "R" pagi ini di depan SUK Kota Bharu.



Dilaporkan seramai 5 orang ahli kumpulan TEAM "R" cedera didakwa dipukul ketika perhimpunan tersebut.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

BIAR BETUL !!! APA ADA PADA KAIN RENTANG?



Kain rentang kumpulan 'R' Royalti

Kain rentang kumpulan 'Sedar'

Ternyata perbezaan yang ketara di antara 2 kain rentang di atas, kumpulan 'Sedar' dan 'Royalti' adalah mewakili parti masing-masing. Amat benar apa yang di katakan oleh blogger GK dari KCW di dalam blognya...

"Nak bantu rakyat macam mana kalau nak bantu NGO yang menyokong pun tak boleh....Ini tahun 2012 bukan tahun 1912....Memalukan...Jangan sampai orang muda merasa malu dengan sikap tidak endah pemimpin UMNO negeri Kelantan""

pT

Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

TERKINI !!! GAMBAR SEKITAR SUASANA DI HADAPAN SUK KELANTAN










Salah seotrang pendemo cedera di pukul !!

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

TERKINI !!! SUASANA TEGANG DI HADAPAN SUK KELANTAN - PERTEMBUNGAN 2 NGO


KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive