Showing posts with label Samseng. Show all posts
Showing posts with label Samseng. Show all posts

Friday, 25 January 2013

BIAR BETUL !!! POLIS & SAMSENG BELASAH LELAKI HINGGA MATI ???


Dipetik dari berita The Malaysian Insider di bawah, aksi belasah seolah-olah filem Tamil tetapi ia menjadi realiti di Malaysia dan ianya berlaku di Seremban. Lebih malang kerana ‘kenduri’ belasah dimulakan polis dan polis membiarkan pula 20 yang lain turut serta. Lagi malang kerana yang dibelasah dengan tangan bergari. Baca berita berikut;

SERDANG, 24 Jan – Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

“Polis memijak leher Sugumaran,” kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

“20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang,” tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumaran.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: “Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari.”

Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa… Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun,” kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

“Mungkin dia tertekan,” kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan “dia telah ditolak jatuh”.

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kajang DSP Marzuki Mohd Mokhdar memberitahu akan memaklumkan kepada wartawan selepas bedah siasat selesai yang dijangkakan malam ini.

“Kami tidak akan sembunyikan apa-apa,” kata beliau.
TheMalaysianInsider

Monday, 27 August 2012

GEDEBE !!! UNIT AMAL PAS ADA COTA KAWAL CERAMAH ???


Gedebe!!!! Gerun weh tengok Unit Amal PAS sekarang yang elok berkopiah berserban tapi belakang simpan cota dalam poket seluar. Rasanya standby nak pukul perisik-perisik UMNO kot mana tau ada yang terlepas masuk dalam ceramah tersebut. Adalah samseng sebenar dalam politik. Boleh lihat bukti bergambar seterusnya.

Gambar ini pula dirakam di Stadium Kuala Selangor semasa Ceramah Pakatan di sana. JB ada ditempat kejadian dan sudi menjadi saksi utama jika ada yang ingin bertanya. Pemuda ini cedera teruk dikepala dan telinga akibat dari pukulan Unit Amal PAS yang bertindak agresif. - jawabernam

Siapa yang berlagak samseng sekarang? Fikirkan.

Wednesday, 4 July 2012

SEMINGGU UNTUK MINTA MAAF - ROYALTI


KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.

“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

pT
Dari sumber yang layak dipercayai,  kumpulan 'R' membuat perancangan untuk berkumpul di depan bangunan UMNO negeri. Bagi menyerahkan memo kepada pihak UMNO, tapi sumber itu menambah bahawa kumpulan 'R' sengaja menukar lokasi mereka. Pelik kan mereka senang-senang mengaku bahawa kumpulan 'R' yang terlebih dahulu memohon permit. 

Kalau ketua cakap pun merapu dan kluk klik, apalagi dengan anak-anak buah mereka, pT beranggapan elok benarlah dan memang layak la puak-puak 'R' di gocoh sebijik dua sebagai pengajaran di atas keceluparan dan kebodohan sendiri.

Sumber itu menambah memang mereka tahu dan nampak siapa yang memulakan kekecohan pada demontrasi tersebut. Apapun kita sebagai manusia masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!


Friday, 25 May 2012

BIAR BETUL !!! ANWAR DAKWA UMNO BAGI RM20 KEPADA SAMSENG @ PROVOKASI PR???


KUALA LUMPUR - Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.

“Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).

“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.

Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.

“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau.

pT
Betul ke UMNO yang upah atau PR yang sengaja cari samseng kemudian membuat onar supaya nampak UMNO yang bertanggungjawab. Tapi kalau dilihat dari sejarah lama, taktik yang upah2 samseng ni adalah dari manusia yang terlalu tamak untuk menjadi pemerintah negara ini. Maka bermacam2 la terlintas di kepala otak si penipu supaya rakyat dan dunia melihat yang UMNO ni zalim. Ada akal fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive