Showing posts with label Tukar. Show all posts
Showing posts with label Tukar. Show all posts

Friday, 12 April 2013

#RegimPas : [Video] Pondok Agama Vs Pusat Karaoke Negeri Serambi Mekah !!! #tolakPR #TukarKelantan


Memang benar, bangunan sekolah pondok yang dibina untuk anak-anak Islam mendalami ilmu agama telah disita hanya kerana mengkritik Islam palsu yang dibawa oleh PAS.

Penulis berasa hairan, kenapa sekolah pondok yang dipilih untuk disita tetapi port-port karaoke dibiarkan terus beroperasi walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media massa. Bagi mendapatkan kepastikan sebaik sahaja pulang dari Tumpat.

Ini memang cara pas sejak dulu,kini dan selama-lamanya.Pas cuma pandai komplen, kutuk,hukum, fitnah, caci, maki dan mengajak umat Islam berpecah-belah sejak dulu lagi. Sesiapa yang menolak Pas dianggap musuh ketat, kafir, menolak Islam, ahli neraka, jahil, fasik, munafik....

Pernah tak dengar PAS ajak umat Islam bersatu-padu,berkasih sayang,bersilaturrahim?

Kami cuba menerjah karaoke haram yang didedahkan sebelum ini, kerana pada hari pendedahan blog ini tempoh hari, pusat tersebut ditutup. Anehnya kunjungi kami kelmarin mendapati ia masih beroperasi tanpa sebarang tindakan. 


Mengikut sumber pusat karaoke ini terlalu KEBAL dan sebarang tindakan dari pihak PBT semua ini tidak menjadi masalah kepada tokeynya. Realitinya semua ini dapat ditemui di Negeri Serambi Mekah yang di terajui oleh bekas MB Nik Aziz.

Macam yang penulis katakan sebelum ini, asalkan kita sokong PAS bukan sahaja karaoke, pusat pelacuran pun PAS akan halalkan.

Tengoklah gelagat pak lebai PAS yang syok menyanyisambil berjoget.

Sampai bila nak biar pemimpin islam palsu menerajui kepimpinan Kelantan?



Wednesday, 20 March 2013

Kepada Siapa Yang Belum Tahu II

Inilah masanya untuk kita sama-sama mengenal siapa sebenarnya yang kerajaan yang betul-betul bertanggung jawab kepada negara dan juga rakyat dan bukannya kerajaan MIMPI !!!!

Ringkasan Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.

Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.

438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012

Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!

Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.

Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012

Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013

Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012

Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.

Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M

Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan menerima faedah bantuan persekolahan RM100

Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia

RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.

Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam

Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun

Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan

Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia

Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan

Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5

Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.

Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC

Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012

Ikrar Integriti Pilihanraya yang ditandatangani oleh YAB PM sendiri

Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012

Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012

Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009

Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan

Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan

Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion

Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera

Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%

PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012

Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.

Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan.

Friday, 15 February 2013

[VIDEO] LAGI YB PAS ABAIKAN RUMAH ALLAH DI KELANTAN #TukarKelantan


Madrasah ini terletak di depan kadapan Pasar Baru Saidina Ali. Kegunaan umum adalah surau untuk kemudahan apabila ada kematian. Sekarang madrasah ini telah disalahguna apabila bendera PAS dpasang semua pintu masuk, gambar Tuan guru Nik Aziz digantung bahagian belakang, dan logo dicat di pintu. 

Keadaan sungguh jijik dan sangat kotor, tidak terjaga dan diabaika DAN YANG PALING MENYEDIHKAN AL-QURAN TERBIAR DILANTAI. Langsung tidak mencerminkan keislaman. Mohon jasa baik YB Ab Aziz dan penyelaras PAS DUN Kok Lanas ambil tindakan. 

Tuan mempunyaik kuasa terhadap Majlis Daerah Ketereh, gunakanlah kuasa tuan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. apaguna menjadi Yb jika kuasa tuan tidak diendahkan oleh Majlis Daerah Ketereh.

SETERUSNYA KLIK DI [SINI]

#HTK2013 [VIDEO] KEBANGKITAN RAKYAT MENENTANG REGIM NIK AZIZ #TukarKelantan


Setelah 23 tahun diperbodohkan oleh kepimpinan Islam palsu PAS...

Kini mereka bangkit...

Bangkit menuntut HAK...

HAK sebagai rakyat Kelantan...

Hak yang semakin hilang dari pegangan....



GELOMBANG MERAH ! BN MERENTAH ! KELANTAN BERUBAH !






Wednesday, 13 February 2013

PENGUMUMAN !!! PELANCARAN SKUAD KEMBARA TUKAR BN KELANTAN

Pada : 15 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 3:00ptg - 5:00ptg
Tempat : Perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
- HIMPUNAN TUKAR ADALAH HIJRAH, TANAH ADALAH MARUAH
- AMANAT PENTING PANGLIMA MERAH
- PENGUMUMAN PENTING KEPIMPINAN BN KELANTAN
- PELANCARAN SKUAD KEMBARA TUKAR
- LUAHAN/ MANIFESTASI RAKYAT KELANTAN KEPADA SEGALA PERMASALAHAN RAKYAT KELANTAN
GELOMBANG MERAH, BN MERENTAH, KELANTAN BERUBAH!

Monday, 11 February 2013

LIVE !!! TAHNIAH! TOK PA BERJAYA CETUS FENOMENA BARU BUAT RAKYAT KELANTAN! # tukarkelantan

Sangat meriah...

Itulah gambaran yang dapat dikongsikan betsama rakan online Tok Pa mala ni. Bergegar dengan laungan gelombang merah dan tukar oleh peserta yang seramai hampir 350 orang.

Tok Pa dengan rasa bangganya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian peserta yang hadir

Tok Pa juga telah mencetuskan satu fenomena baru buat rakyat Kelantan dengan sokongan dan gegaran yang tak berbelah bagi keseluruhan Kelantan.

Tukar! Tukar! Tukar!

Thursday, 28 June 2012

BIAR BETUL !!! SIASAT JANGAN TAK SIASAT...APA PUNYA CIKGU !!!

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa khatib jemputan yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini ialah guru sebuah sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika benar guru sebuah sekolah rendah di Penaga Pulau Pinang itu melakukan perbuatan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. "Kementerian ada maklumat tentang isu ini...malah sudah mengarahkan siasatan terperinci diadakan. Jika benar, perbuatan itu bertentangan dengan etika kerja lelaki itu sebagai seorang guru. "Jika benar kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap guru itu yang boleh membawa kepada penggantungan gaji, kerja atau dipecat," kata Mohd Puad kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Guru itu dikatakan berdoa supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang ada ketika menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang Jumaat lepas.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan arahan pertukaran ke sebuah sekolah di Selangor yang diterimanya dua hari sebelum itu.

Mohd Puad berkata kementerian tidak menghalang guru untuk berpolitik asalkan mereka mendapat kebenaran terlebih dahulu, namun ia harus dibuat secara berhemah tanpa menjejaskan kedudukan pekerjaan masing-masing. "Janganlah gunakan masjid untuk menimbulkan suasana yang kurang senang kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam. Bagi saya, dakwaan ini cukup serius dan perlu disiasat dengan teliti," katanya. -BERNAMA

Tuesday, 26 June 2012

TERKINI !!! SUASANA TEGANG DI HADAPAN SUK KELANTAN - PERTEMBUNGAN 2 NGO


KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive