Saturday, 4 August 2012

SMS FITNAH TERBARU TERHADAP PM TERSEBAR !!!



Satu lagi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dan perbuatan terkutuk itu dilakukan pada bulan Ramadhan!

SMS tersebut mendakwa Duit Raya 1Malaysia berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh ADUN Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan BN Gelang Patah ketika kehadiran Najib di Johor.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh diambil bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit.

Apakah Parti pembangkang terlibat di dalam penyebaran SMS palsu tersebut?

Jika benar, apakah mereka sudah tiada modal lain untuk memburuk-burukkan Najib Razak?



JOHOR BAHRU - Seluruh masyarakat di kawasan Nusajaya diminta tidak mempercayai khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa wakil rakyat kawasan akan memberi Duit Raya 1Malaysia (DR1M) sempena kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ke Taman Universiti, 6 Ogos ini.

SMS terbabit mendakwa DR1M berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan Barisan Nasional (BN) Gelang Patah ketika kehadiran Perdana Menteri ke Masjid Jamek Taman Universiti untuk majlis tadarus dan khatam al-Quran.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh dituntut daripada Abd Aziz bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit. Abd Aziz menyifatkan penyebaran SMS terbabit adalah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan kewibawaan Perdana Menteri ketika ke Taman Universiti untuk majlis berkenaan.

“Saya percaya individu ini kurang selesa dengan Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan BN yang banyak mencetuskan idea transformasi serta bantuan berasaskan 1Malaysia.

Oleh sebab Perdana Menteri mahu hadir ke kawasan Nusajaya, pihak ini sengaja membuat fitnah kononnya DR1M akan diagihkan sedangkan hal ini tidak benar.

“Saya sendiri ada menghubungi pihak yang menghantar SMS ini, namun dia enggan menjawab panggilan. Saya fikir tindakan ini adalah satu usaha mensabotaj BN Gelang Patah, wakil rakyat dan Umno ketika Perdana Menteri datang,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, semalam - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive