Tuesday 7 August 2012

KES BUNUH EKSEKUTIF TV9 - REMAN KELUARGA TERDEKAT DILANJUT


KUALA LUMPUR – Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas anggota keluarga terdekat eksekutif TV9, Syaleza Jaffar(31) bagi membantu siasatan kematian wanita itu yang berlaku pada 28 Julai lalu.

Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata, tempoh tahanan reman lelaki itu yang dijadualkan berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 10 Ogos ini.

Syaleza ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita terbabit.

Susulan itu juga, pihak polis menahan seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada 29 Julai lalu sekitar 10.15 malam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive