Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini, malam ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Berucap di hadapan lebih 20,000 orang penduduk Bachok, Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.
Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
No comments:
Post a Comment