Wednesday 4 July 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! GADIS DISAMUN,DICULIK & DIROGOL

SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

“Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya. - HM




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive