Showing posts with label Samun. Show all posts
Showing posts with label Samun. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

POLIS KENAL PASTI SASPEK SAMA SAMUN DAN TERMBAK DI KOTA BHARU



KOTA BHARU - Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang peniaga kedai runcit di Kampung Batu 6, Jalan Lapang Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini pada Rabu lalu. 

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini giat mengesan suspek terbabit. 

"Semua suspek sudah dikenal pasti dan polis sedang berusaha mengesan kedudukan mereka. Mereka tak boleh lari ke mana, sama ada cepat atau lambat sahaja," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis tamat latihan dan pentauliahan Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. 

Akhbar sebelum ini melaporkan empat penyamun bersenjatakan pistol berputih mata apabila gagal melarikan seutas gelang emas kepunyaan pemilik sebuah kedai runcit dalam kejadian samun di Kampung Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8 malam itu berlaku apabila dua daripada empat suspek yang memakai topi itu masuk ke dalam kedai berkenaan dan berpura-pura membeli minuman.

Mereka kemudian tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa, Fatimah Hussin, 50, yang ketika itu berada di kaunter kedai tersebut.

Cerita Fatimah, dia terkejut dengan tindakan lelaki itu manakala seorang lagi lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dan mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

"Saya tidak endahkan amaran mereka lalu menjerit dan menyebabkan anak lelaki saya, Che Mohd. Fakaruddin Che Abdul Aziz, 19, yang berada di dalam kedai meluru keluar ke arah kami. 

"Menyedari keadaan itu, kesemua lelaki tersebut bergegas keluar dan sempat melepaskan tembakan ke udara sebelum melarikan diri dengan kereta Perodua Myvi," katanya di sini semalam. 

Sementara itu siasatan awal polis mendapati, kesemua suspek dipercayai kumpulan sama yang menembak seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan minggu lalu, selanjutnya klik di entri : video-tembakan-di-stesen-minyak-di-kb.

Sumber 

Friday, 31 August 2012

VIDEO !!! SAMUN DI STESEN MINYAK - PELANGGAN LAIN HANYA LIHAT ??



Kejadian samun ini berlaku di Stesen Minyak Henti Rehat Butterworth Kulim Expressway pada 10 Ogos 2012. Semasa kejadian dikatakan ramai saksi, tapi sekadar memerhati sahaja.
Apa nak jadi dengan masyarakat malaysia sekarang ini??Ada tonton dan anda nilai sendiri.

Wednesday, 4 July 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! GADIS DISAMUN,DICULIK & DIROGOL

SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.

“Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya. - HM




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive