Tuesday, 3 July 2012

GESAAN 'GANTUNG AMBIGA' BN BERISIKO HILANG SOKONGAN KAUM INDIA


KUALA LUMPUR, 3 Jul — Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka, kata pimpinan MIC kepadaThe Malaysian Insider.

Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih. Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.
Tegas MIC, presiden parti, Datuk G. Palanivel terpaksa bertindak segera bagi meyakinkan masyarakat India bahawa parti tersebut tidak menyokong kenyataan ahli parlimen Sri Gading selepas isu ini heboh menjadi berita utama.

"Kenyataan tersebut menjejaskan sokongan pengundi India, yang sokongannya lebih cenderung kepada BN, "tegas Palanivel walaupun akhbar komuniti telah dipenuhi dengan berita tersebut.

Ketika perbahasan hangat di Dewan Rakyat Selasa lepas, Mohamad mencadangkan bahawa Ambiga (gambar) digantung kerana menderhaka dan memainkan peranan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, yang menyaksikan kekecohan di ibukota.

Kenyataan pemimpin Umno itu telah diberi “pengiktirafan “ dengan tersiarnya berita di muka depan kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Tamil dan artikel berwarna dengan respon keras yang sama keadaannya beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008 dimana lebih 30,000 masyarakat India berarak menentang apa yang dikatakan ketidakadilan polisi BN. 

Susulan oleh arahan Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Mohamad telah menarik balik kata-katanya itu, tetapi adalah dipercayai bahawa kejadian ini mungkin telah membuka semula luka lama masyarakat India yang selama ini pentadbiran Najib telah berjuang untuk memulihkan sokongan. - TMI

2 comments:

  1. bro, menjawab isu diatas boleh baca disini.. http://politikputramerdeka.blogspot.com/2012/07/vell-pari-bukti-paria-menjunjung.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive