Tuesday, 3 July 2012

BIAR BETUL !!! PENYANYI DANGDUT DIBELASAH TANPA SEBAB

 
Tiada angin tiada ribut tiba-tiba penyanyi dangdut, Saipul Jamil dibelasah oleh seorang pemuda misteri.

Penyanyi yang akrab dengan nama Ipul itu tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan dia dibelasah pemuda terbabit.

Akibat kejadian itu timbul spekulasi kemungkinan perkara itu berlaku kerana dia sering berganti pasangan. Bagaimanapun, Saipul enggan memberi sebarang komen dan memilih untuk mendiamkan diri saja.

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen.

Apabila waktu yang sesuai tiba, saya akan menjelaskan mengenainya,” katanya, semalam. Sebelum ini, kisah cinta Saipul pernah menjadi bahan perbualan ramai. .

Dia yang menjalin hubungan dengan Fitri Karlina dilihat datang ke majlis perkahwinan Nassar dan Musdalifah bersama wanita lain.

Fitri yang melihat Ipul datang bersama wanita lain sempat menangis. Ketika ditanya adakah Saipul dibelasah gara-gara kejadian itu, dia tidak mahu menjawabnya. “Saya tidak mahu bercakap mengenainya. Hal mahkamah belum selesai ada saja masalah lain,” katanya. - KL

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive