Sunday, 5 August 2012

ROYALTI !!! KENAPA 6 BULAN DOK KAJI ! LEBIH BAIK 3 BULAN - NIK ABDUL AZIZ




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan persekutuan memendekkan tempoh kajian jawatankuasa khas berhubung pembayaran hasil petroleum kepada negeri itu dari enam bulan kepada tiga bulan.

"Dia (perdana menteri) sebut dalam surat tempohnya enam bulan, sepatutnya tiga bulan. Kelantan berkehendak pada duit dia sendiri, bukan duit orang lain," katanya.

Menurutnya, bayaran itu hak rakyat Kelantan kerana telaga cari gali petroleum yang diusahakan Petronas sememangnya berada dalam kawasan pesisir pantai Kelantan.

"Kelantan yang paling dekat sekali (dengan) telaga pesisir pantai itu daripada negeri lain.

"Kalau negeri lain tak dapat, munasabah. Kalau kelantan tak dapat tak munasabah," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam petang semalam.

Menurut Nik Aziz, kerajaan pusat sepatutnya mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengkaji perkara itu sejak Kelantan mumla disekat daripada menerima royalti minyak.

"Sepatutnya masa dia hendak sekat dahulu dia buat jawatankuasanya kerana akta (berkenaan) dibuat dalam Parlimen masa zaman Tun Razak (sebagai PM) lagi," katanya merujuk kepada Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975.

Peruntukan itu menetapkan Petronas perlu membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara tahunan sebanyak lima peratus dari pada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

Exco negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pula menggesa kerajaan pusat melangsaikan pembayaran itu sebelum pilihan raya umum akan datang untuk manfaat rakyat Kelantan.

"Kita berharap penentuan ini boleh dibuat sebelum pilihan raya. Jangan tunggu selepas pilihan raya nanti dia tak mahu bayar balik," kata Husam.

PT
Bersyukur kepada Ilahi kerana membuka hati DS Najib  di bulan yang amat berkah Ramadan, semoga royalti minyak dapat diatasi oleh kedua pihak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive