Saturday, 7 July 2012

SHILA AMZAH JUGA MAHU BERTUDUNG

Shila Amzah berkata dia menyimpan impian untuk berhijab tidak lama lagi dan sedang berusaha ke arah itu.

"Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini. Cuma menunggu masanya saja. Insya Allah masanya akan sampai juga.

"Lagipun sekarang, saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sudah mula memilih dalam soal berpakaian. Biarlah apa juga yang saya pakai selepas ini kelihatan sentiasa sopan, seperti yang saya pakai hari ini," katanya dengan penuh senyuman.

Sharnaaz Ahmad yang turut menemaninya pada majlis berkenaan, Shila Amzah berkata antara individu yang selalu menyokong dirinya ke arah itu ialah ibunya dan juga buah hatinya itu.

Malah ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Shila Amzah akan berhijab, ibu kepada penyanyi berkenaan melahirkan rasa gembira dan juga cukup positif sekiranya suatu hari nanti anaknya itu akan menyarungkan tudung.

"InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan khabar angin berkenaan akan menjadi kenyataan. Tetaplah mendoakan demi kebaikan dirinya.

Walaubagaimanapun dapat dilihat keikhlasan dan ketelusan hati pada wajah kedua-dua anak beranak itu. Sama-samalah kita mendoakan terbaik buat Shila Amzah. - Murai

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive