Friday 6 July 2012

BIAR BETUL !!! UNCLE SEEKERS POSITIF MORFIN - POLIS JOHOR


JOHOR BARU: Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan pada Jumaat, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.

Pada Khamis, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.


Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Baharu pada Khamis bagi membantu siasatan.. - BERNAMA

2 comments:

  1. Patut lah tulis merapu.Tengah sedap kena Morphin. Power Rangers rupanya.

    Mighty Morphin Power Rangers.

    Main drug dolu dolu kot kot kalau polis tak leh kesan. Anak pertama candu.

    ReplyDelete
  2. Kena candu jadi giler tahap gaban... betino die....pun nth tmpng sekaki....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive