Tuesday 5 March 2013

#OpsSulu : Pelik ! Sepatutnya Rakyat Malaysia Yang Demo!! #PrayForSabah #PrayForLahadDatu

Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu. Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

Sepatutnya rakyat Malaysia yang kena berhimpun depan kedutaan mereka dan mintak lanun-lanun Sulu tu keluar dari negara kami.

Malaysia bertindak mengikut piawaian antarabangsa dan secara jelas tidak melanggar Majlis Undang² Geneva kerana Malaysia telah memberi amaran kepada kumpulan penceroboh untuk keluar dari Malaysia atau menyerah diri namun amaran tersebut tidak diendahkan dan kumpulan penceroboh telah bertindak membunuh 8 orang penjawat awam di sana.

Jangan diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu!

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive