Monday 29 April 2013

#GE13 : [ FOTO] Kantoi!!! Sendiri Koyak Bendera Orang Lain Yang Dituduh ??? #tolakPAS #TukarKelantan

Ini kerja orang Umno, itulah dakwaan tidak berasas penyokong Pas bila bendera mereka telah ditoreh di sebuah pos mereka berhampiran Kota Bharu tiga hari lepas.

Tapi yang menghairankan ialah kenapa tiada repot polis yang dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh penyokong Pas?? Kalau betul orang-orang Umno yang melakukan kenapa Pas tidak membuat repot polis ? Atau mereka takut terkantoi!!!

Adakah ini merupakan sandiwara puak-puak langau hijau untuk menghuru-harakan keadaan?? Mungkin juga kerana puak-puak mereka ketandusan isu untuk meraih sokongan rakyat Kelantan agar menyokong mereka di PRU13 .

Cukup-cukuplah menipu, wahai Pas, takkanlah selama 23 tahun tak puas- puas lagi kot ??

#PRU13 : [VIDEO] Pas Kelantan Kekeringan Isu #GE13 #tolakPAS # vote4BN

Video yang membuktikan kenazakkan Pas Kelantan setelah kehilangan penyokong mereka di setiap ceramah yang nmereka anjur.

Terbaru Pas terpaksa mengambil talian hayat dengan mengupah bekas penghulu untuk memburuk-memburukkan calon BN yang akan bertanding di PRU13 nanti. Menurut sumber penghulu tersebut sudah pun ditamatkan tugas beliau.

Itulah perangai rejim Pas sentiasa mengutip mereka yang telah dibuang dari parti dan yang disabitkan dengan salah laku. Video di bawah menceritakan segala-galanya tentang Pas yang sudah ketandusan isu di Kelantan. Jom tengok....

 

Saturday 27 April 2013

#GE13 : Inikah Calon PKR Seberang Takir Calon Tangkap Muat Pil Kekude PKR ??? #tolakPR #Vote4BN #tolakPAS

Benarkah dakwaan ini? Asal sahaja masuk musim pilihan raya, isu hudud tidak pernah sunyi dari dipalu gendangnya oleh PAS kerana merasakan isu itu penting dalam memastikan kelangsungan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam.

Soal praktikal dan asas perlaksanaan biasanya jarang disentuh, selalunya PAS hanya akan gah membicarakannya dari segi teori sahaja sekadar memainkan sentimen keagamaan untuk meraih sokongan pengundi.

Itu juga nawaitunya apabila Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din membangkitkan semula isu hudud tanpa menyedari dalam PRU-13 ini PAS hanya bertanding di 73 kerusi sahaja berbanding keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Dengan 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 kawasan sahaja yang berpeluang dimenangi PAS, apa yang mampu dilakukan oleh PAS terutama sekali untuk meminda Perlembagaan Negara bagi merintis perlaksanaan hudud?

Begitu pun, walau pun kita tahu hakikatnya PAS memainkan semula isu hudud tujuannya untuk meraih undi, namun dari aspek lain ia memperlihatkan sikap sebenar PAS yang tidak boleh dipercayai kerana pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Sebelum ini, semua maklum PR pernah mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu hudud di mana masing-masing pimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS bersetuju soal perlaksanaan hudud tidak berbangkit selagi tidak mendapat persetujuan bersama.

Bantahan berterusan oleh DAP khususnya oleh Karpal Singh dan yang terbaru turut mengundang reaksi kurang senang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan isu hudud yang ditimbulkan oleh Dr Haron Din hanyalah riak-riak awal betapa longgarnya kesepakatan dalam PR.

Mereka sudah nampak tanda-tanda awal yang PAS bila-bila masa sahaja boleh berubah arah mengikut kepentingan politik tanpa mengambil kira persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini.

PAS adalah parti yang fleksibel dan pendirian hanya sekeras tulang sotong, di mana ada kepentingan di situlah akan terarah hala tujunya.

Waima rakan kepimpinan sendiri seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali pun PAS sanggup korban demi menjaga kepentingan politiknya tika itu, jadi amatlah mudah untuk PAS menikam belakang rakan sepakatan juga demi kepentingan sendiri.

Ringkas kata, DAP dan PKR terpaksa berwaspada dengan risiko kemungkinan akan ditikam dari belakang pula oleh PAS, satu kemungkinan yang tidak boleh dielakkan bila PAS berada dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk meraih semula sokongan pengundi Melayu Islam.

Sumber - matkilaupenang

Friday 26 April 2013

#PRU13 : Hindraf Tetap Sokong Anwar Walau Ditipu ??? #GE13 #tolakPR #BetterNation

Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti. Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.

Mou digelar 'Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India' ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Waythamoorthy. Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat. Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.

"Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti 'Arab Spring' menjadi 'Arab Winter'," katanya. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara.

Najib berkata, masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini. "Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan ini termasuk penduduk kaum India.

"Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," katanya. Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan dilaksanakan.

#GE13 : [FOTO] Kereta Arwah Dan Lokasi Timbalan Pengarah Kastam Ditembak Mati !!!



Al Fatihah !!

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.


“Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Sumber

Thursday 25 April 2013

#PRU13 : Hancur !!! Bukti Pakatan Bersatu Hati Lawan BN #GE13 #tolakPR #voteBN





PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain di enam kerusi - sebuah Parlimen dan lima DUN - dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan.

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR
Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN
Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)

PANTI, JOHOR
Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

KOTA PUTERA, TERENGGANU
Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

BUKIT BESI, TERENGGANU
Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

Tak kira lah strategi ke taktik ke tapi yang pasti banyak undi akan memihak kepada BN. Tahniah puak-puak Pakatan Bangang !!! "aku dah kata dah, memang pakatan tak boleh berpakat, tu belum printah lagi, kalau perintah lingkup lah negara macam ni. Dasar pentingkan diri sendiri. Ha! ha! ha!

“Matlamat mereka hanya mahu mengalahkan BN dalam pilihan raya. Kita bimbang, selepas menang mereka tidak boleh berpakat merancang membangunkan negara seperti mana mereka gagal berpakat untuk menggunakan lambang yang sama ketika pilihan raya,”


#PRU13 : Pelik !!! Calon Parlimen Pas Ikut Walkabout Datuk Dali Di Pasar Cabang 3 #TukarKelantan #BetterNation

Datuk Dali beramah mesra sambil menjamu selera bersama pengunjung pasar

Bangunan Pasar Cabang Tiga di Pengkalan Chepa akan dinaik taraf kepada dua tingkat bagi memberi keselesaan kepada hampir 100 peniaga di situ sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata, pasar tersebut telah dibuat pembaikan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2000, namun selepas itu tiada sebarang perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas.

Calon Parlimen Pas juga hadir di Pasar Cabang 3 pada waktu yang sama 

Menurut beliau, rakyat akan melihat keadaan pasar ini dalam konteks yang lebih baik selepas ini sekiranya BN diberi mandat untuk memerintah negeri ini.

"Masalah longkang serta tempat yang kurang selesa akan dapat diatasi dan kami akan berikan yang terbaik untuk keselesaan peniaga dan pembeli di pasar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Datuk Dali beramah mesra bersama peniaga

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan meninjau keadaan pasar tersebut, selain bertemu peniaga di situ.

Kunjungan bagi mengeratkan hubungan antara rakyat dengan bakal pemimpin itu turut disertai oleh calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Wan Razman Wan Razak.



Calon Dun Chempaka Tok Gawa Man hadir sama

#GE13 : Terkini !!! Ceramah Stopa Spender Tiada Sambutan Di Kelantan #PRU13 #Vote4BN #tolakPAS


Spender saiz 48 .seluar dalam Stopa..seluar dalam puteh. Bagaikan halilintar membelah langit gamaknya..Terhempuk di kepala keseluruhan kepimpinan dan ahli parti Pas. Penangan spender Stopa menggegarkan seluruh dunia politik Pas.

PRU kali ini di warnai dengan pelbagai isu moral pemimpin pakatan haram jadah dan mereka majoritinya masih ada hati nak jadi calon dan masih cuba mengatakan apa yang ada dalam video atau gambar zina itu adalah "mirip" mereka sahaja.

Terbaru ini pula berlaku di Kg Baung Pengkalan Chepa Kelantan , kelihatan spender digantung oleh manusia yang tidak bertanggungjawab sebagai simbolik spender stopa ali . Adakah ini 'mercu' tanda baru Pengkalan Chepa kah, kah, kah.

Tetapi pagi tadi spender tersebut telah pun diturunkan oleh penduduk setempat ataupun mungkin penyokong Pas sendiri yang melakukan ????

Wednesday 24 April 2013

#GE13 : Blogger Sebar 'Mengundi Awal' Diburu Polis Malaysia,#tolakPR #Vote4BN

Kuala Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA

#PRU13 : GEMPAR !!! Bilik Gerakan BN Nibong Tebal Meletup Dibom !!! #tolakPR #BetterNation




Kira-kira jam 10.15 malam tadi,Bilik Gerakan Barisan Nasional di Nibong Tebal,Pulau Pinang dikejutkan dengan satu letupan.Letupan tersebut berlaku di belakang khemah yang mengakibatkan seorang pengiring calon BN tercedera.Insiden berlaku ketika Pengerusi Gerakan,Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah

Program tersebut dihadiri lebih kurang 2000 orang. Letupan tersebut berlaku dekat belakang pentas bilik gerakan.


Kejadian letupan itu telah menyebabkan seorang lelaki cedera. Kini beliau sedang dirawat di Hospital Sungai Bakap. Selamatlah kecederaan beliau tu tak teruk, hanya cedera pada kaki kanan.


Apa masalah puak sebelah sana, apahal sampai nak bom-bom macam ni? Perlu ke nak takutkan orang BN dengan letupan? Mungkin dengki sebab ceramah kita ramai, ceramah dorang dah tak ramai kot. Tapi jangan la sampai gunakan bom!! 

Polis sedang menyiasat punca kejadian.sekiranya kalau betul kejadian ini puak PR yang buat,macam inikah nak perintah negara ??? Belum perintah, puak-puak PR dah buat macam ni.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah !!!

#PRU13 : [VIDEO] Orang Asli Sedar Kerajaan Pas Penipu Tapi Melayu ??? #tolakPAS #BetterNation


Orang Asli hanya modal pembangkang untuk berkuasa. Walaupun mereka telah menukar istilah orang Asli kepada orang Asal namun ianya tidak membawa apa-apa makna jika hak orang Asli di negeri pentadbiran PAS, PKR dan DAP dinafikan.

Orang Asli pun dah sedar pakatan pembangkang ni penipu, takkan orang Melayu, Cina, India dan Bumiputera lain tak sedar lagi kot?


#PRU13 : Jurukamera Meninggal Selepas Gaduh Di Gua Musang #tolakPR #BetterNation

Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Mohamed Yaakob, 62 tahun meninggal dunia di rumahnya berhampiran markaz PAS di Bandar Gua Musang jam 2 pagi tadi.

Kejadian dipercayai bermula tengah malam tadi apabila Allahyarham Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pok Mat bertengkar dipercayai dengan penyokong PAS.



Selepas pergaduhan berlaku, Allahyarham diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang.

Al-Fatihah. Pergaduhan demi pergaduhan kerap kali berlaku di Kelantan khususnya menjelang pilihanraya. Baru-baru ini kes pukul dan tetak penyokong UMNO di Tanah Merah dan Bachok, kemudian kes imam muda PAS pukul penggawa UMNO di Pasir Puteh dan banyak lagi kes-kes lain.

Politik tidak matang seperti ini perlu ditolak, terutamanya bagi parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengalamkan politik matang.



Kalau dah berumur lepastu ada masalah jantung lepastu kena pukul. Fikir sendiri lah orang yang terlibat Orang yang mnyokong kejadian pukul...orang yang menafikn sebab dipukul...orang yang tak peduli sebab bukan dia sebagai anak,adik,kakak,bukan Melayu dan bukan muslim yang menyayangi saudara seagama...Allah sja yang tahu perasaan seorang isteri dan anak yang kehilangan....Al fatihah

MAKIN LAMA MAKIN TERUK AKU TENGOK PUAK-PUAK PEMBANGKANG NI MAKIN LAMA MAKIN KURANG HAJAR PERANGAI PUAK-PUAK NI MAKIN MELAMPAU !!!


Tuesday 23 April 2013

#GE13 : [FOTO] Penyokong Pas Lari Tinggalkan Pos #PRU13 #Vote4BN #tolakPR


Malam tadi bertempat di Kg . Pulau Panjang Pengkalan Chepa ceramah berkenaan isu-isu semasa serta Memperkenal kan calon BN DUN Chempaka iaitu Wan Razman Wan Abd Razak.

Apa yang untuk kita kongsi ialah bersebelahan tapak ceramah ialah pos parti Pas dan yang menariknya seorang pun tiada penyokong parti Nik Aziz berada di post mereka.

Adakah ini petanda bahawa penduduk Pengkalan Chepa sudah menolak parti Pas? Adakah penduduk sudah terlalu lama ditipu dengan segala janji-janji yang dicipta menjelang PRU?

Penceranah terdiri dari Datuk Dali Hussin selaku calon Parlimen Pengkalan Chepa dan juga calon Dun Chempaka yang juga dikenali dengan nama Tok Gawa Man.

Tok Gawa Man terpilih untuk menghadapi calon tertua dari Pas iaitu Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Daripada sambutan penduduk terhadap gelonbang merah besar kemungkinan
Kerajaan Kelantan yang sedia ada akan bertukar kepada kerajaan UMNO/BN.

Monday 22 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Majlis Daerah Kuala Krai Buang Bendera BN, Tapi Bendera PAS Dibiar Berkibar !!! #tolakPAS #vote4BN


Kelihatan pekerja Majlis Daerah Kuala Krai sedang menurunkan bendera BN. Kuala Krai ini seolah-olah milik peribadi Majlis Daerah Kuala Krai sedangkan mereka hanyalah majlis daerah yang menyelenggara kebersihan dan infrastruktur kawasan bandar Kuala Krai. 




Setiap hari beberapa buah lori akan digunakan untuk memantau banner, bendera dan poster dilokasi tertentu. Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera yang tidak sealiran dengan mereka.

Seterusnya lihat video kerakusan pekerja MDKK di blog Tukar Kelantan

#PRU13 : [VIDEO] Tentera Merah Tok Pa Tumbangkan Nik Aziz ?? #BetterNation #vote4BN #tolakPAS

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.


Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti.


Sunday 21 April 2013

#PRU13 : Che Johan Mungkin Digantung Keahlian UMNO ??? #undiBN #BetterNation

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa dipanggil oleh Umno Kelantan hari ini bagi memberikan penjelasan mengenai keputusan mengejut beliau yang menarik diri pada saat akhir daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama biro politik parti pada pagi Ahad berhubung perkara itu.

"Pagi tadi, kita sudah panggil beliau (Che Johan) untuk mendapatkan penjelasan. Dan saya akan adakan perbincangan lanjut dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti.

"Apapun, biro politik memandang serius mengenai perkara ini dan akan membuat keputusan beliau yang membelakangkan keputusan parti (mencalonkan beliau)," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengenai tindakan Che Johan pada saat akhir yang membuat keputusan untuk tidak menyerahkan borang pencalonan semasa proses penamaan calon pada Sabtu.

Berita mengejut itu menyebabkan Parlimen Pasir Mas pada PRU-13 akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang kerusi itu, Datuk Ibrahim Ali sebagai calon bebas dan calon baru dari PAS yang merupakan anak kepada Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh.

Mustapa berkata, beliau melihat isu tersebut sebagai satu masalah disiplin yang serius kerana watikah pencalonan telah pun diberikan kepada Che Johan.

"Tindakan (Che Johan) berpandukan pada perlembagaan parti tetapi ia akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin (Umno)," katanya.

Menurut Mustapa, parti itu sedang meneliti impaknya dan sudah tentu akan memastikan kemenangan bagi mereka yang dicalonkan.

"Mengenai parlimen (Pasir Mas), kita akan pantau impaknya tetapi kita akan pastikan DUN (Dewan Undangan Negeri) di Parlimen itu untuk menang," katanya.

Ditanya mengenai penjelasan Che Johan, Mustapa hanya berkata: "Penjelasan dia sama sahaja yang sudah pun dilaporkan di media-media. Jawapannya konsisten."

Media pada Ahad melaporkan bahawa keputusan Che Johan itu kerana beliau mahu memastikan PAS tewas di kerusi parlimen tersebut dan membantu BN untuk memperoleh kemenangan pada PRU-13.

#PRU13 : Hancur !!! Penyokong Pas Tumbangkan Pakatan #vote4BN #tolakPR


Jangan risaulah orang PR ni dalam kepala mereka semua salah BN, hatta sokong pun kena bayar, kalau beranak keluar anak lelaki dari perut isteri salah BN, tak dapat bonus salah BN, dapat bonus 3 bulan pun salah BN,  kerja naik pangkat salah BN sebab gaji naik, anak masuk sekolah pun salah BN, kena solat wajib pun salah BN, kena bayar hutang PTPTN dengan hutang kereta pun salah BN, maklumlah semua orang suka percuma, macam tu apa kata lepas ni cakap pada majikan yang anda kerja ikhlas untuk Allah SWT tak perlu gaji..



Dirakam ketika Penamaan Calon Parlimen Marang 20 April 2013.

‘Cheerleader’ sebut Tumbang Pakatan ! dan disambut jemaah – TUMBANG PAKATAN !

Saturday 20 April 2013

#PRU13 : Hancur !!! Penyokong Husam Tunjuk Gedebe Di Putrajaya Kacau Penduduk #tolakPR #BetterNation



Ketika sedang berlangsung proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna P9, tiba-tiba segerombolan penyokong Husam Musa yang majoritinya datang dari luar kawasan Putrajaya cuba buat kecoh, provokasi yang keterlaluan dan cubaan untuk mencetuskan huru-hara.

Hasil tinjauan penulis, kebanyakkan penyokong Husam ini datangnya dari Bangi, Serdang, Kajang dan ada juga sanggup datang dari Subang. Mereka ini yang penulis gelarkan "orang luar" sememangnya tidak faham dengan sensitiviti masyarakat setempat terutama bagi penduduk Apartment P9, Fasa 10 yang hampir dengan tempat penamaan calon.




Lebih menggelikan hati, ada dikalangan orang luar ini telah sesat, tidak jumpa jalan ke tempat penamaan calon sehinggakan penyokong-penyokong BN terpaksa menunjukkan jalan buat mereka. Al-maklumlah orang luar yang baru datang kononnya "hendak menawan" Putrajaya.
Cerita Selanjutnya klik di [SINI]

#PRU13: Ibrahim Ali Pertahan Pasir Mas, Lawan Anak Nik Aziz #tolakPAS #vote4BN #TukarKelantan

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.


Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini. 

Untuk itu Che Johan Che Pa telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti dan rakyat Malaysia atas tindakannya itu.



Sebelum ini Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

#GE13 : [FOTO] Kecoh !!! Laporan Terkini Sekitar Penamaan Calon BN Di Kelantan #vote4BN #tolakPR


Pertandingan untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini dengan penamaan calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.



Selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat - yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - akan mengisi calon di kebanyakan kawasan, namun jumlah luar biasa calon Bebas dijangka menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum kali ini.

Pertandingan kerusi parlimen akan diadakan di semua 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala pilihan raya bagi kerusi DUN akan diadakan di semua negeri kecuali Sarawak, yang telah menyaksikan pilihan raya negeri pada tahun 2011.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan Pakatan Rakyat, 82 kerusi. 
Tarikh mengundi telah ditetapkan pada 5 Mei.

Berikut beberapa foto perarakan penyokong BN sebelum proses penamaan calon di Kelantan .









Perarakan Calon Di Kota Bharu



Suasana di Parlimen P.022 Pasir Mas. Hampir 3000 
penyokong BN berkumpul di perkarangan Pejabat 
UMNO Bahagian Pasir Mas sebelum calon berarak 
ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas bagi proses 
penamaan calon berjalan.


Penyokong BN di Parlimen Pengkalan Chepa. Lebih 7,000 
penyokong iringi Datuk Dali & Calon-Calon DUN BN yang lain.


10,000 rakyat Jeli iringi Tok Pa & calon-calon 
DUN BN yang lain dalam Parlimen Jeli.



Suasana Kem BN di Gua Musang pagi ini, 
mengirigi 
YBM Ku Li dan calon-calon DUN mewakili BN.


Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi bersama 
lebih 5,000 penyokong BN mengiringi Calon BN 
Parlimen Kubang Kerian, Tn Hj Anuar Safian & Calon-Calon 
DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian ke Pusat Penamaan Calon.



4000 rakyat Ketereh iringi Tan Sri Annuar Musa & calon-calon 
DUN BN yang lain dalam Parlimen Ketereh.

#PRU13 : Husam Akan Menyambung Janji2nya Di Putrajaya #tolakPAS #BetterNation

KENAPA HUSAM LARI KE PUTRAJAYA??? Setelah berbagai projek pecah tanah & pembinaan batu asas di Kelantan, Husam mengambil keputusan bertanding di Putrajaya... adakah terdapat petrolium di perut bumi Putrajaya atau balak di sini yang akan ditebang sendiri oleh Husam???


Sekarang nak janji apa pula di Putrajaya ni Husam??
Nak turunkan harga sewa premis perniagaan?
Nak ambil alih tugas PJH buat parking bertingkat?
Nak suruh Bas Nadi Putra berhenti di depan pintu pejabat penjawat awam?
Nak buat bengkel kereta khas?
Nak pastikan penduduk Putrajaya luangkan masa di taman-taman awam sedia ada??
Nak hijaukan Putrajaya yang dah sedia hijau??

Ini antara yang terkandung dalam tazkirah pertama Husam di Putrajaya tempoh hari.

Sudahlah mung Husam...mung bual besar, kecek kedai kopi bulehlah!!!

Dari segi agama pula, apa hukumnya apabila tidak menunaikan janji?
Rasanya penyokong PAS sendiri tahu kot dan tak perlulah  merungkai bab hukum hakam ini. Di kalangan Pas terlalu ramai ostad dan ostazah...

Jadi apakah pengajaran yang boleh diambil buat penyokong Husam secara khususnya? Tinggalkan saja, biarlah Husam terjun dengan kambing-kambingnya..biarkan.......

Beliau hadir ke Putrajaya dengan misi yang sama seperti yang beliau lakukan di Kelantan.

Video ini antara bukti jelas beliau gagal dan menurut sumber penulis, di Kelantan beliau digelar "Husam Pecah Tanah" dan pastinya seluruh pembaca faham kenapa gelaran itu diberikan. - Sumber





Kakitangan kerajaan akan terus menyokong BN! Angan-angan pakatan untuk menawan Putrajaya akan berkubur dalam PRU 13 nanti. Insyallah, Putrajaya akan kekal menjadi milik BN, Dulu, Kini dan Selamanya !!!

Thursday 18 April 2013

#Putrajaya Tersebar Surat Pas Paksa Ahli Hadir Ceramah #tolakPR #PRU13


Patutlah ramai orang hadir ke program ceramah yang dibuat oleh calon Putrajaya Dato Husam Musa, rupanya setiap ahli PAS dari kawasan yang berdekatan dikerah hadir ke program tersebut sebagaimana surat yang dipaparkan di atas.

Mungkin kerana sedar bahawa sambutan terhadap program ceramah mereka semakin kurang sejak akhir-akhir ini PAS melalui Dewan Pemda PAS Pusat bertindak mengerah ahli PAS untuk hadir ke ceramah yang dibuat di Desa Pinggiran Putra tadi untuk menunjukkan kononnya rakyat Putrajaya bersama mereka.



Anggaran saya dalam 4,000 ribu orang memenuhi tapak tersebut.

Desa Pinggiran Putra terletak berdekatan dengan Kajang, Sepang dan Bangi, dan kawasan ini dianggap centre PAS bagi negeri Selangor. Jadi tidak hairanlah jika PAS MEWAJIBKAN ahli mereka hadir dalam ceramah tersebut.

Sekali tengok gambar, memang gerun kerana dalam anggaran saya hampir 4,000 orang yang hadir. Tapi jika yang hadir terdiri daripada ahli PAS yang turut mengheret isteri, anak, bapak dan nenek mereka maka tidak hairanlah jika orang ramai dilihat memenuhi tapak ceramah tersebut.

Tetapi malangnya 4,000 orang yang hadir adalah ahli PAS yang berdekatan dengan Putrajaya, bukanlah kakitangan kerajaan yang betul-betul menetap di Putrajaya!

Jika surat kerahan ini tidak dikeluarkan, mungkin jantung bateri Tok Guru berhenti berdenyut sebagaimana berlaku sebelum ini di mana beliau dilaporkan rebah dalam program baru-baru ini - mungkin terkejut kerana perangai Mustapa Ali agaknya.

Jom tengok gambar ceramah Nik Aziz di Kota Bharu sempena menyambut kepulangannya dari umrah. Husam Musa kata 27 ribu rakyat Kelantan akan sambut dia, tapi hasilnya...



Pada hari tu lah jugak kedengaran dari mulut macai Pas Si Husam di marahi oleh Nik Aziz ??
Kerana kehadiran ahli Pas tidak seperti yang dijangkakan oleh Nik Aziz..Lihat [SINI].

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive