Sunday, 10 March 2013

BONGKAR !!! [VIDEO] Segalanya Ada Karaoke Dangdut.Kini Pertunjukan Ratu Seksi Di Negeri Serambi Mekah #TukarKelantan


Walaupun Kelantan di bawah kekuasaan pentadbiran Pas memperjuangkan konsep membangun bersama Islam, peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiatnya semakin membimbangkan.


Apa masalah gejala sosial serta maksiat yang tiada di Kelantan? Layakkah negeri ini di gelar Serambi Mekah? Jika ada kelapangan, datanglah sendiri menyelusuri sekitar lorong-lorong malam di Kota Bharu untuk melihat sendiri "ketenangan" malam negeri "Serambi Mekah" ini.

Di manakah simbol "tadahan wahyu" yang diwar-warkan oleh Nik Aziz kepada negeri Kelantan jika kegiatan pelacuran masih lagi PANAS di Jalan Hamzah, kegiatan rempit di setiap malam Jumaat serta pusat karaoke haram yang berhampiran dengan tempat tinggal tok guru.

Satu persoalan timbul di kepala PT dimanakah Penguatkuasa MPKB semasa majlis ini berjalan??? Takkan la pihak MPKB tidak tahu langsung atau sengaja mengunci mulut mereka??? Mungkin staff MPKB bercuti kot memandangkan mjalis itu berjalan pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu.

Nik Aziz pernah berkata didalam temuramahnya dengan media mengenai peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiat di Kelantan,

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis".

Apakah dengan khutbah serta ceramah sahaja sudah cukup bagi menangani semua salahlaku manusia didalam negeri Kelantan itu seperti mana kata Nik Aziz? 

Apakah dengan memberi label Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?

Sikap pemimpin-pemimpin Pas kini tak ubah seperti kata pepatah, "kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah didepan mata pura-pura tak nampak".

Inilah akibatnya apabila terlalu sibuk nak "melondehkan" kesalahan pihak lain sedangkan jubah sendiri terselak hingga menampakkan "anu" pun tidak disedari oleh 

puak-puak Pas ini.

3 comments:

  1. Biasalah ada yg terlepas secara haram,Bknnya 24 jam dalam pemantauan..yg penting ada usaha untuk benteras..yg berlaku secara sembunyi tu adabnya..dlm duk mendidik dlm satu kelurga pun ada gak anak2 yg buat kerja salah,tu klau nak kira kluarga kecil je apatah lg nak jaga satu negeri yg lbh besar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive