SHAH ALAM – Golongan mahasiswa diminta tidak mudah melatah berhubung isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka siri penjelasan menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan memberi penjelasan mengenai isu itu dalam masa terdekat.
“Kita harap mahasiswa dapat bersabar kerana KPT kini sedang menyediakan penerangan lengkap tentang hal ini dan menteri akan menjelaskannya dalam masa terdekat,” kata beliau kepada Sinar Harian.
Menurutnya, PTPTN masih relevan untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan, malah sebanyak 90 peratus daripada kos pengajian institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah disubsidi.
“Bagi pelajar IPTA, PTPTN disediakan untuk membiayai 10 peratus sahaja (kos pengajian).
“Pelajar perlu bayar lebih tinggi jika mereka memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Jika mansuh PTPTN, ramai pelajar terutama Bumiputera tidak mampu untuk membiayai pengajian” katanya.
Saifuddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi sedar terdapat sebilangan kecil negara maju yang memberi pendidikan percuma IPTA.
“Mereka mampu kerana pengurusan kewangan berbeza, contohnya cukai pendapatan di negara itu amat tinggi. Jadi, rakyat dibalas dengan pendidikan IPTA percuma. Cukai pendapatan kita rendah sebab itu tidak dapat cukup dana untuk buat cara yang sama.
“Terdapat perkara lain lagi yang berbeza, contohnya, subsidi terhadap barang-barang keperluan asas, petrol dan lain-lain. Pokoknya, hujah-hujah untuk mansuh PTPTN adalah mudah cakap daripada dilaksanakan,” katanya. - Bernama
harap mahasiswa berfikir waras, selepas tamat diploma or digree anda berpeluang bergaji lumayan berbanding pekerja yg memiliki spm. salah ker anda membayar perkhidmatan jika anda dapat keistimewaan lebih dari orang lain. 46 billion itu berbagai kemudahan dapat disalurkn kepada rakyat. anda dianggap memakan harta org lain jika 46 billion dibayar untuk melunaskan PTPTN, sedangkan sekarang 60% yang berhutang dah bergaji lumayan 2-2.5k sebulan. jika 2/3 billion dikeluarkn setahun untuk pelajar diploma or ijazah ia telah mengurangkan subsidi utk rakyat nanti mati anda tanggung la. SIAL PUNYA CADANGAN SIAPA NAK HAPUSKAN PTPTN. KO ORANG POLITIK PANDAI UMPAN MAHASISWA KAMI RAKYAT BIASA TANGGUNG BEBAN BILA HARGA BARANG NAIK N KAMI SENTIASA HARAP SUBSIDI UNTUK MENGIMBANGI PERBELANJAAN KAMI.
ReplyDelete