Saturday 25 May 2013

Lagi Pemimpin Pembangkang Akan Didakwa Di Mahkamah Dan Akan Lepas Bebas???

Propaganda Pakatan Pembangkang dengan demo-demo haram post-PRU13 mereka bakal terbantut dan tidak menjadi apabila lebih ramai lagi yang didakwa dan dipanggil pihak polis.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 

Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang sama. 

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 

Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwagagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya. Lebih ramai lagi yang berdepan dengan tindakan undang-undang dek kebebalan mereka tidak mahu hormat kepada undang-undang.

Tambahan pula, rakyat Malaysia sudah muak dengan propaganda pakatan pembangkang dan lakonan Anwar Ibrahim yang berjanji akan undur diri daripada politik jika gagal menawan Putra Jaya. - 
sumber

2 comments:

  1. KALAU SELEPAS TIGA EKOR ORANG YANG TIDAK MENGHORMATI UNDANG=UNDANG NEGARA DILEPASKAN OLEH MAJESTRET DAN LEPAS NIE ADA LAGI YANG DILEPASKAN NAMPAK GAYA PENATLAH DATO KPN BARU DAN ANGGOTA PDRM MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PESALAH...

    TANGKAP...LEPAS...TANGKAP...LEPAS...TANGKAP...LEPAS...LEPAS...LEPAS.

    ReplyDelete
  2. undang2 malaysia???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive